Isnin, 3 Januari 2011

Nabila & Jay-jay : Malam Pertama | Aidilfitri 2010

Bila mendengar isteri saya bercerita tentang gelagat anak rakannya yang baru mula pandai bercakap & berjalan. Tak sabar pulak nak tengok giliran puteri saya, Shifa. Apapun, mengingatkan saya dengan melayan karenah dua orang si cilik, anak buah saya ni ketika Aidilfitri lalu. Membuatkan hati ini tergerak untuk berkongsi pahit-manis sambutan Aidilfitri lalu. Walau agak terlewat gambar2 ini dikongsikan namun ianya tetap menjadi nostalgia di hati semua terutamanya Mak Njang yang sakit ketika itu.

Saya akan fokuskan gelagat si cilik berdua ni, Jay-jay & adiknya Nabila...

aidilfitri 2010 (26)
aidilfitri 2010 (24)
aidilfitri 2010 (33)

Kehangatan sambutan Aidilfitri untuk si cilik ialah di malam raya. Kalau ibu-ibu di dapur menyiapkan juadah & persiapan keesokkannya. Sambil si ayah-ayah melagukan takbir. Kakak-kakak menghias rumah & sebagainya. Si Cilik & si nakal:

Keseronokan yang pernah dilalui oleh ayah-ayah & ibu-ibunya ketika mereka di zaman sebaya mereka. Cuma bezanya, zaman dulu ada mercun. Kini, setakat bunga api jer. Nostalgia...

aidilfitri 2010 (12)
aidilfitri 2010 (13)
aidilfitri 2010 (14)
aidilfitri 2010 (15)
aidilfitri 2010 (16)