Rabu, 5 Januari 2011

Nak Belajar Buat 3D?

Saya bukanlah seorang yang pakar @ profesional untuk ini. Sekadar boleh berkongsi takat yang mampu sahaja berdasarkan ilmu & pengalaman yang ada.

alriscitra02
3d sign | alriscitra
3D : Khat namaku
3d khat | jimalzuhri

Sebenarnya, tergerak hati selepas saya terlupa sesuatu step yang satu ketika dulu selalu gunakan ketika saya dalam proses menyiapkan tugasan peribadi tempoh hari. Sejak berpindah/bertukar bidang kerja / mungkin kerna tidak selalu diamalakan telah buatkan saya menjadi lupa bersama kejutan budaya yang tidak pasti.

Bercadang nak anjurkan kursus 'Cara Mudah Melukis 3D' suatu masa nanti.

Kata orang, ilmu jika tidak dikongsi. Lama-lama akan hilang juga. Dan, samala juga jika ada ilmu tapi tidak amalkan. Dari ia tak disedari sedikit demi sedikit tercicir, saya rasa elokla cari ruang untuk dikongsikan di masa terluang nanti.

Tidak rugi mencurah ilmu daripada ilmu itu tercurah sendiri.

Ditujui sesiapa yang berada dekat dengan saya berminat. Bolehlah bertentang mata dengan saya.