Isnin, 3 Januari 2011

Nabila & Jay-jay : Pagi | Aidilfitri 2010

Di awal tahun baru, perkara yang ramai orang kongsikan adalah yg berkaitan azam baru & impian yang belum tercapai oleh mereka. Tapi, apa yang nak saya kongsikan ialah tentang nostalgia & sejarah saya.

Sambungan cerita si Nabila & Jay-jay.  Di pagi raya tu yang dinanti-nantikan semua terutama si cilik berdua ni. Mengembalikan nostalgia lama ketika di alam kanak2, saat2 sebeginilah saat yang teramat manis. Perihal tentang bunga api & mercun, pelita, hantu yang dirantai & yang paling utama, semangat mengumpul duit raya. Dan kesemua kenangan-kenangan kehidupan ketika itulah, saya & ibunya bersama sedara-mara yang seusia pernah lalui. Dan di hari ini, adalah giliran generasi anak2 sendiri pulak. Menjadi kemestian suatu perasaan yang sukar digambarkan dirasai apabila melihat si manja kita pula melalui detik2 emas itu. Walaupun dalam suasana & tempat yang berbeza. Namun ia pasti menjadi ingatan, nostalgia & sejarah bersama.

Tanpa sejarah, tiada masa depan.

aidilfitri 2010 (101)
aidilfitri 2010 (64)
aidilfitri 2010 (65)
aidilfitri 2010 (102)

aidilfitri 2010 (68)
Mungkin peristiwa ini juga dilalui oleh beberapa pasangan istimewa yang lain & tidak akan saya lupakan. Mungkin selepas ini tiba giliran saya. Puteri saya, Shifa pun sudah semakin membesar & masih panjang cerita disebaliknya. Jay-jay; sesudahnya solat sunat Aidilfitri. Si Jay-jay telah membuat satu kejutan & secara x langsung telah menambah tugas ibunya (Kak Ija) dengan membasahi baju melayu rayanya. Memang trajedis. Baju baru x sampai 3 jam pakai, dah tersidai kat ampaian.

Berbeza pula kisah si adiknya, Nabila...
aidilfitri 2010 (63)
aidilfitri 2010 (78)
aidilfitri 2010 (80)
aidilfitri 2010 (73)
aidilfitri 2010 (114)
aidilfitri 2010 (108)
aidilfitri 2010 (104)
aidilfitri 2010 (76)
Sekian, bichara tentang wajah2 Aidilfitri.

Untuk lain-lain gambar sambutan Aidilfitri saya & family bolehla merujuk album saya di http://www.flickr.com/photos/alriscitra/sets/72157625004986956/detail/

Terima kasih & Selamat berkongsi.