Isnin, 10 Januari 2011

Iklan ikan oleh Koyie | Pasar Dungun

iklan

Bagi sesiapa yang pernah berkunjung ke Pasar Besar Dungun. Pasti akan terjumpa karya yang kreatif ini. Usaha si pelukis ini bernama Koyie (x pasti) berjaya menambat hati setiap pengunjung ke situ juga setiap seniman yang menghargai sesuatu seni. Sekurang-kurangnya, selain dapat memudahkan mengetahui info tentang keunikan ikan ia mampu membuat orang tersenyum. Tahniah, beb! Cuma, ikan kebong tu adakah masih berharga RM12 sekilo?