Oleh kerana minggu ini laluan utama untuk balik ke kampung tersekat faktor banjir. Terpaksalah bercuti kat rumah jer. Apapun, aktiviti wajib setiap petang di hari minggu tidak terbatas melainkan hujan lebat turun. Iaitu membawa Shifa berkunjung ke kawasan rekreasi sambil meringankan beban otak ni.
Kali ini, kami terserempak dengan keluarga Kak Nor & Bg Man. (Dua sepupu Rislah @ keluarga angkat Shifa).




Laluan untuk ibu & ayah mencuba sesuatu



Walaupun tapak kaki rasa sedikit sakit namun ianya bagus untuk melancarkan pengaliran darah.


Hujan pun dah rintik-rintik...