Tak ramai sanggup menghargai atau membayar sesuatu idea. Kerana idea itu mungkin padanya suatu perkara lawak. Lawak seperti kisah dongeng seekor burung parkit ungu kecil mengendong kotak cermin ajaib sambil membawa seekor cacing dari atas seekor gajah bergading dua ke awan tinggi
hahahaaa...
Tapi jika dihayati, disebalik lawak itulah adanya siratan maksud yang sangat bererti. Tak mustahillah kekadang tu ada jugak pihak yang suka buat lawak dengan mencuri idea lawak untuk mengaut keuntungan dari itu. Itulah hakikatnya yg susah nak diubah.
Saja berkongsi pandangan dengan berkongsi sikit idea asal rekabentuk gerbang fantasi yg tak pasti realitinya untuk mengubat semangat kawan2 seperjuangan. Lukisan proses rekabentuk di atas hanya sekadar contoh sahaja & tiada kaitan dengan sesiapa.
Aku tak ada pahat tajam untuk memecahkan batu. Tapi aku ada pena tajam untuk memecah kerinduan tempat yang penuh dengan warisan yg sedikit demi sedikit dimusnahkan.
Akan aku kunjungi lagi. Terima kasih tak terhingga kpd orang Batu Pahat yg sudi memberi layanan istimewa pada aku terutama sahabat lama aku sekeluarga.
BASIKAL+KAMERA+SKETCH
Basikal lipat klasik sangat sesuai untuk trip2 macam ni. Nak tau kenapa, kena rasa sendiri.
Kamera rare yg ketinggalan zaman sangat sesuai untuk trip2 macam ni. Nak tau kenapa, kena cuba guna sendiri.
Brush pen yg susah jugak nak guna sangat sesuai tuk trip2 macam ni. Nak tau kenapa, kena lukis sendiri.
Next nak gi Ipoh. Pastu nak gi Taiping. Pastu agi nak gi Pulau Pinang. Nak ikut, jom. Tapi tak tau la bila tuu... Ada rezeki lebih, realitilaa tuu.