Memaparkan catatan dengan label interior. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label interior. Papar semua catatan

Sabtu, 15 Oktober 2011

Alriscitra page | Facebook

Alriscitra telah menubuhkan page facebook sendiri sebagai ruang untuk berkongsi tentang seni, berkongsi tentang nostalgia, berkongsi tentang warisan. Untuk menyokong Alriscitra seharuslah menyertainya. Terima kasih atas sokongan rakan-rakan.

Isnin, 11 April 2011

Laman Korporat UiTMT 2011

2 tahun lepas saya pernah membuat design proposal yang sama. Cuma layout & rekabentuk sedikit berbeza. Memandangkan ada permintaan baru oleh pihak atasan untuk memberi nyawa semula kepada galeri ini. Saya cuba membantu mengolahkan semula rekabentuk lama yang pernah dibentangkan dulu.

Sekadar untuk berkhayal & berimeginasi sesuatu yang belum pasti realitinya. Sebab saya tahu, semua ini terikat dengan bajet. Walaubagaimanapun, dengan penat lelah komputer kesayangan saya ini yang kadang-kadang rebah sendiri beberapakali untuk menghasilkan apa yang dipaparkan, berikut.

Secubit kepuasan yang mungkin berguna untuk sesuatu akhiran. Agar dapat disumbangkan erti karya untuk pandangan imej & kenangan kala mendatang.

01
Pandangan laluan masuk utama
00
Pandangan dari aras atas
02
Layout plan

Khamis, 11 Mac 2010

PROPOSAL : LAMAN KORPORAT

PROPOSAL - Laman Korporat copy
Prepared by alriscitra
Ini adalah tugasan pertama saya di sini. Walaupun bukan tugas hakiki saya, namun berbekalkan ilmu & pengalaman bidang ini, saya cuba membantu memberi khidmat rundingan rekabentuk bermulalah dari idea konsep hinggalah menyediakan 3d proposal seperti di atas.

Pada saya, sebuah galeri sebegini amat diperlukan mana-mana institusi yang mempamerkan kejayaan-kejayaan yang dicapai & sekaligus mempamerkan imej korporat yang berjaya. Berasaskan konsep utama korporat & teknologi saya cuba mengolahkan ruang Laman Korporat seperti gambaran di atas.

Sekian,


ZUHRI a.k.a ALRISCITRA

YM ID : alriscitra
Email : alriscitra@gmail.com
Flickr : http://www.flickr.com/photos/alriscitra/sets/