Memaparkan catatan dengan label artwork : my sketches. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label artwork : my sketches. Papar semua catatan

Ahad, 10 Januari 2016

Selasa, 8 September 2015

PEPERIKSAAN

Selasa, 8 September 2015
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN


Kalu ada soalan yg tak tahu nak jawab camne, letak pensel azimat atas kepala dulu. Nanti jawapan datang sendiri. Hehe wink emoticon

Good Luck!

Isnin, 7 September 2015

IDEA ITU LAWAK


Isnin, 7 September 2015
IDEA ITU LAWAK

Tak ramai sanggup menghargai atau membayar sesuatu idea. Kerana idea itu mungkin padanya suatu perkara lawak. Lawak seperti kisah dongeng seekor burung parkit ungu kecil mengendong kotak cermin ajaib sambil membawa seekor cacing dari atas seekor gajah bergading dua ke awan tinggi

hahahaaa... Tapi jika dihayati, disebalik lawak itulah adanya siratan maksud yang sangat bererti. Tak mustahillah kekadang tu ada jugak pihak yang suka buat lawak dengan mencuri idea lawak untuk mengaut keuntungan dari itu. Itulah hakikatnya yg susah nak diubah.

Saja berkongsi pandangan dengan berkongsi sikit idea asal rekabentuk gerbang fantasi yg tak pasti realitinya untuk mengubat semangat kawan2 seperjuangan. Lukisan proses rekabentuk di atas hanya sekadar contoh sahaja & tiada kaitan dengan sesiapa.

#jimalriscitra 

Ahad, 30 Ogos 2015

BATU PAHAT : BANGUNAN KEDAI KONG HENG 1928


Sabtu, 29 Ogos 2015
BATU PAHAT
Aku tak ada pahat tajam untuk memecahkan batu. Tapi aku ada pena tajam untuk memecah kerinduan tempat yang penuh dengan warisan yg sedikit demi sedikit dimusnahkan.
Akan aku kunjungi lagi. Terima kasih tak terhingga kpd orang Batu Pahat yg sudi memberi layanan istimewa pada aku terutama sahabat lama aku sekeluarga.


BASIKAL+KAMERA+SKETCH
  • Basikal lipat klasik sangat sesuai untuk trip2 macam ni. Nak tau kenapa, kena rasa sendiri.
  • Kamera rare yg ketinggalan zaman sangat sesuai untuk trip2 macam ni. Nak tau kenapa, kena cuba guna sendiri.
  • Brush pen yg susah jugak nak guna sangat sesuai tuk trip2 macam ni. Nak tau kenapa, kena lukis sendiri.

Next nak gi Ipoh. Pastu nak gi Taiping. Pastu agi nak gi Pulau Pinang. Nak ikut, jom. Tapi tak tau la bila tuu... Ada rezeki lebih, realitilaa tuu.

Isnin, 10 Ogos 2015

MALAYA HEROES

Isnin, 10 Ogos 2015
MALAYA HEROES

Jangan biarkan tangan keras untuk menari & takut dakwat habis. Carilah bahan seperti gambar dari mana-mana bahan media seperti internet, risalah-risalah & dan lain-lain sebagai rujukan atau panduan untuk dilukis.


Hari ini aku dah berjaya karyakan 2 potret insan yang sangat dikenali & disayangi ramai terutamanya rakyat Malaysia.


Allahyarham 'Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat'

Tun Dato' Sri Dr. Mahathir bin Mohamad

Khamis, 18 Jun 2015

SALAM RAMADHAN 1456H

Ramadhan tiba! Saya sekeluarga mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kpd semua umat Islam. Selamat beribadat. Sekian.

Ahad, 23 Februari 2014

BUKU CATATAN ZAINON


 
Buku khas buat Uncle Zainon

Contoh buku yang telah siap
Buku ini adalah terbitan edisi istimewa (Special Edition) yang jarang dibuat dengan kuantiti kurang dari 2 naskah.

Rabu, 23 November 2011

Melukis dengan tablet di komputer vs tangan di sketch book

audiovisual geng
Betapa mudahnya sekarang untuk melukis. Walau tanpa kertas dan pensel/pena. Adanya teknologi, tetap boleh berkarya. Malah kartunis-kartunis generasi kini lebih ramai beralih ke dunia digital untuk melukis.

Lakaran ini adalah potret2 pertama saya menggunakan tablet yang murah dengan perisian photoshop. Mungkin selepas ini memasang cita untuk memiliki wacom bamboo untuk lebih halus berkarya.

Teknologi memudahkan kita sungguh. Dan, di bawah ni original di atas sketch book saya. Hasil yang lebih kurang.
beban & suka
vern arch

Sabtu, 15 Oktober 2011

Alriscitra page | Facebook

Alriscitra telah menubuhkan page facebook sendiri sebagai ruang untuk berkongsi tentang seni, berkongsi tentang nostalgia, berkongsi tentang warisan. Untuk menyokong Alriscitra seharuslah menyertainya. Terima kasih atas sokongan rakan-rakan.

Khamis, 24 Mac 2011

Bermata 4

Close encounter
Photo | Kucau a.k.a Dr. Yusri
Bila melihat kedetailan si kecik ini membuatkan banyak perkara tertarik terutamanya kempat bijik matanya. Banyak siratan yang boleh diuraikan dengan sekeping foto x bernyawa ini. Walaubagaimanapun, diabadikan pada lukisan saya.

labah2 kucau

Isnin, 28 Februari 2011

Idea Jangan Disiakan

my sketch diary

Idea sebenarnya datang tidak mengira di mana anda berada; tidak kira keadaan & suasana anda hadapi. Dan kerana itulah, seperti yg pernah dipesan oleh guru-guru / lecturer-lecturer saya dulu, 'Tulislah, lukislah walau di atas sehelai tisu'... Sama ada ia sekadar imiginasi ataupun sekadar kepuasan dari membuang masa begitu saja.

Sejak itulah, menjadi amalan bagi saya bersama sketch book kesayangan saya untuk menyimpan idea-idea saya. Kerana dah sifat manusia lupa & lalai.