Memaparkan catatan dengan label motivation. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label motivation. Papar semua catatan

Selasa, 22 November 2011

Dari selatan pulang ke timur dalam kenangan | Hijrahku

Bila ditanya tentang perjalanan/penghijrahan saya sebelum ini. Rasa cam susah nak jawab. Yang pasti setelah hari itu, jarak antara kami suami-isteri semakin dekat walaupun bersama pengorbanan yang sukar nak digambarkan. Saya cuba petik, dan selitkan semula sambil berkongsikan lukisan-lukisan cahaya saya suatu ketika dulu tentang perjalanan saya 'dari selatan pulang ke timur'. untuk dibicharakan. =)
Mayang Sari
Suasana awal pagi sepanjang perjalanan ke site project
Jika sebelum ini saya lebih byk memeras otak & mcengkam mata berjaga di office untuk design itu & ini, proposal itu & ini, presentation itu & ini, working drawing itu & ini, project meeting itu & ini, ulang-alik PBT itu & ini, dll. Hinggalah direhatkan seketika di disini dengan karenah & menimba pengalaman yang baru di site project.
my-helmet
Topi aku
Walaupun sibuk dengan tugasan & pengalaman baru. Tugas2 lama tetap dilakukan sambil melukis dengan cahaya berbekalkan EOS400D.
aku-alriscitra
Aku bersama lensa
lorong hitam
(H) bokeh
bumper bokeh
Tapi, walaupun perit @ sukar sesuatu itu. Saya tetap redah apa jua rintangan yang ada kerana suatu permulaan untuk suatu akhiran.
jentera
Add caption
lensa-kuning
Lensa
kerja
Rezeki
Mencari ilmu biar ke negeri China. Mencari rezeki, ilmu & pengalaman; ada dari Indonesia hijrah ke Malaysia ;)
pasangan-lori
Dating
Yang dicipta olehNya, semua berpasang-pasangan.
kasutku
Alas besi
Yang sentiasa bersama suka-duka & membawa saya silih berganti dari selatan dan timur kepada insan-insan tersayang di timur.
Marking paper
'PJJ' Perkahwinan Jarak Jauh
sempena setahun X lagi PJJ johor-tganu | my 1st car | wjm
Kereta pertama Ku
sempena setahun X lagi PJJ johor-tganu | my 2nd car | jll
Kereta Kedua Ku
sempena setahun X lagi PJJ johor-tganu | cby
Kereta Isteriku
Bukan suatu yang mudah, bagai langit dan bumi.
surau
masa itu emas
Jam Abah
walau masa terus berlalu, hidup perlu diteruskan yang penuh warna-warni keindahan seni seperti sebuah lukisan di permukaan putih. Nostalgia hijrahku lalu.
'PJJ'; Sekarang tidak lagi, Thank you Allah.

~Eos400d+efs17-85+ef50

Selasa, 27 September 2011

Saintis buktikan Nabi Musa belah laut

LAKARAN artis menunjukkan angin kuat dari timur telah menyebabkan air lagun (kiri) dan sungai (kanan) ‘berpusing’ dan membentuk dinding air dekat Laut Merah.
BOULDER, Amerika Syarikat (AS) – Saintis-saintis di AS membuktikan kebenaran kisah Nabi Musa membelah laut seperti yang diceritakan dalam kitab suci al-Quran dan Injil, lapor sebuah akhbar.
Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum fizik.
Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan mereka.
Kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu cawangan Sungai Nil.

Kini, dengan menggunakan simulasi komputer, saintis-saintis itu menunjukkan bahawa laut berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan angin kencang yang dikenali sebagai angin timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j) selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu berpusing balik lalu membentuk seperti dinding air.
Satu model lautan komputer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin yang bertiup semalamam ke atas air sedalam beberapa meter itu.
Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km.
Sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami.
Hasil kajian saintis berkenaan disiarkan di Internet oleh Jurnal Public Library of Science ONE. – Agensi

Source