Memaparkan catatan dengan label warisan : wakaf. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label warisan : wakaf. Papar semua catatan

Ahad, 1 April 2012

Memelihara Senibina Wakaf

Wakaf Kutan
Lukisan Isometrik
Bagi mengelakkan seni warisan ini pupus ditelan zaman. Sekalipun di hari ini agak susah kita menemui peninggalan warisan seperti ini lagi. Perkongsian dari pencarian & hasil lakaran semula oleh saya sebelum ini. Saya bercadang untuk menyediakan khidmat membina & membekalkan wakaf warisan kepada sesiapa yang berminat & mampu. Untuk permulaan, tawaran ini hanya di lokasi Dungun, Terengganu sahaja.

Isnin, 12 Mac 2012

Berehat Di Wakaf Warisan

IMG_7644
IMG_7643
Ku Berteduh
12.03.2012
Dalam perjalanan ke Pasir Mas, kami singgah sebentar di wakaf yang mungkin menjadi nostalgia buat seorang rakan seperjuangan dari Johor. Dikau pernah memanjat, pernah melakarkan pensil & dikau pernah halakan satu lensa dulu... Nostalgia tul

Khamis, 1 Disember 2011

Rumah melayu tradisional menjadi trend era kini

http://a5.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/308825_298240060205849_229716280391561_1154140_331633851_n.jpg
Telah menjadi trend pcinta warisan di zaman kini menjadikan rumah tradisional rumah kedua sebagai penyeri laman dihalaman terataknya. Selain dijadikan penghias laman, ia menjadi tempat berehat disamping merasai suasana kehidupan dulu-kala. Best sebenarnya, jika dapat membinanya di halaman rumah sendiri. Tak dapat sebuah rumah tele, wakaf tele pun memadai.

Jumaat, 21 Oktober 2011

Berteduhkan wakaf vernakular

Singah berteduh di tengah empat tiang wakaf yang tercantiklah aku kira. Dapat juga hilangkan penat berjalan di Pasar Besar Dungun tadi.
211011
211011

Rabu, 29 Disember 2010

Warisan : Wakaf Kubur Kutang Hulu | Tumpat

6 tahun yang lepas, saya pernah membuat kajian & lukisan terukur sebuah wakaf yang terletak di tanah perkuburan Kampung Kutang Hulu di Tumpat, Kelantan. Mungkin sedikit info & gambar-gambar yang saya rakamkan ini boleh membantu generasi kini yang masih menghargai kekayaan senibina warisan melayu kita. Semua foto-foto ini dirakamkan pada 6 tahun yang lepas. Kini, saya tidak pasti keadaannya. Samada ianya masih wujud atau telah dibaik pulih. Jika masih berpeluang, saya mungkin singgah ke situ lagi untuk melihat keadaan terkini sambil mengulit seribu kenangan di situ & akan dikongsikan semula.

Wakaf Kubur Kutang Hulu | Tumpat
Wakaf Kubur Kutang Hulu | Tumpat
Wakaf Kubur Kutang Hulu | Tumpat
Wakaf Kubur Kutang Hulu | Tumpat

Secara ringkasnya, berdasarkan temuramah yang telah dibuat dengan beberapa orang penduduk kampung ini. Kampung Kutang Hulu telah ditubuhkan sekitar 1914 yang ditadbir oleh Penghulu bernama Awang Bin Saadmah. Pembinaan wakaf kubur ini adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturahim dikalangan penduduk kampung semasa pemerintahannya disamping menjadi tempat persinggahan & tempat berteduh.

Pembinaannya yang diketuai oleh seorang tukang ukir besi terkenal ketika itu iaitu Konok Bin Mat Min. Beliau merupakan anak tempatan tetapi lebih banyak mengadaptasikan pengaruh senibina dari Pattani, Thailand ke dalam hasil-hasil kerjanya. Tukang-tukang lain yang terlibat ialah Wan Jusoh, Wan Ali & Wan Omar.

Pembinaan ini juga dilaksanakan secara bergotong-royong dan dipercayai mengambil masa selama sebulan. Antara material yang digunakan ialah kayu merbau dan atap senggora yang diperolehi dari Kemasik dan Pattani.