Isnin, 10 Januari 2011

Vintage

Pemburu khazanah & nostalgia. Saya tertarik dengan nama model kedua-dua gear ni, XX-1. So dapatkan dari google & wat graphic editing sikit tuk arkib saya. Saiz Model ni mengingatkn saya ketika zaman belajar. Tika tu semua orang gilakan kamera kecik & nipis berdigital. Bagi yang bawak filem SLR gedabak besar kat leher tu tergugat malah dikutuk. Tapi walupun pelbagai kencaman, kerana keistimewaannya ia tetap dihati. =) Apa yang berlaku selepas 5-6 tahun kemudian? Yang besar gedabak inilah yang menjadi kegilaan.
ae1
AE-1 & EP-1 | Tua & Muda
ep1
Tergerak hati untuk membelek & membersihkan semula kamera Yashica & canon tuaku. Terfikir; Masih adakah lagi pejuang-pejuang vintage bersama peluru filem? Tanpa yang tua, tiadalah yang muda. Samada ia masih dihargai atau dibuang ke lautan luas, entahla.

Saya tertarik dengan design camera seperti ni. Faktor saiznya yg kecik & konsep rekabentuknya yang klasik. Sesangat sesuai untuk santai & mudah dibawa. Mungkin model Olympus sebegini menjadi peganti compact olympus sediada. =) Cuma; setelah dapat kerjaya baru & lebih baik.