Ahad, 30 Januari 2011

Kampung Gajah

perak

Hampir 2 minggu saya di Kampong Gajah. Terlibat dengan program yang dianjurkan UiTM. Dengan pahit manis kehidupan sepanjang program itu akan saya manfaatkan & akan menjadi satu kenangan abadi.

Tergugat juga rindu pada Shifa. Apapun, segalanya dah berakhir.

villa baung
my sketch diary

Ahad, 16 Januari 2011

Makan Ubat Deman

shifa demam
Shifa, puteri kesayangan kami demam. Tiap kali makan ubat, dimuntahkan kembali. Sedihnya, segala apa yang dah makan. Keluar semua bersama muntahnya. Dan kerana itu; langkah yang terbaik buatnya, ubat melalui punggungnya.

Isnin, 10 Januari 2011

Vintage

Pemburu khazanah & nostalgia. Saya tertarik dengan nama model kedua-dua gear ni, XX-1. So dapatkan dari google & wat graphic editing sikit tuk arkib saya. Saiz Model ni mengingatkn saya ketika zaman belajar. Tika tu semua orang gilakan kamera kecik & nipis berdigital. Bagi yang bawak filem SLR gedabak besar kat leher tu tergugat malah dikutuk. Tapi walupun pelbagai kencaman, kerana keistimewaannya ia tetap dihati. =) Apa yang berlaku selepas 5-6 tahun kemudian? Yang besar gedabak inilah yang menjadi kegilaan.
ae1
AE-1 & EP-1 | Tua & Muda
ep1
Tergerak hati untuk membelek & membersihkan semula kamera Yashica & canon tuaku. Terfikir; Masih adakah lagi pejuang-pejuang vintage bersama peluru filem? Tanpa yang tua, tiadalah yang muda. Samada ia masih dihargai atau dibuang ke lautan luas, entahla.

Saya tertarik dengan design camera seperti ni. Faktor saiznya yg kecik & konsep rekabentuknya yang klasik. Sesangat sesuai untuk santai & mudah dibawa. Mungkin model Olympus sebegini menjadi peganti compact olympus sediada. =) Cuma; setelah dapat kerjaya baru & lebih baik.

Iklan ikan oleh Koyie | Pasar Dungun

iklan

Bagi sesiapa yang pernah berkunjung ke Pasar Besar Dungun. Pasti akan terjumpa karya yang kreatif ini. Usaha si pelukis ini bernama Koyie (x pasti) berjaya menambat hati setiap pengunjung ke situ juga setiap seniman yang menghargai sesuatu seni. Sekurang-kurangnya, selain dapat memudahkan mengetahui info tentang keunikan ikan ia mampu membuat orang tersenyum. Tahniah, beb! Cuma, ikan kebong tu adakah masih berharga RM12 sekilo?

Ahad, 9 Januari 2011

My house : Landscape | Malay Archipelago



Previously external living spaces and landscape was not regarded as important and most people spent short period of time in the evening at their outdoor spaces while gardening and watching their children playing. Nowadays we start to fully utilise our outdoor spaces and now it become as important as indoor spaces in our spatial management.

Design

Nature and stimulating | five senses

Sabtu, 8 Januari 2011

Aktiviti Riadah

Dalam kesibukan mengejar impian. Aktiviti bersama keluarga perlu gak diselitkan. Berikan laluan untuk anak-anak menikmati alam kanak-kanak sebenar sebaiknya.

Oleh kerana minggu ini laluan utama untuk balik ke kampung tersekat faktor banjir. Terpaksalah bercuti kat rumah jer. Apapun, aktiviti wajib setiap petang di hari minggu tidak terbatas melainkan hujan lebat turun. Iaitu membawa Shifa berkunjung ke kawasan rekreasi sambil meringankan beban otak ni.

Kali ini, kami terserempak dengan keluarga Kak Nor & Bg Man. (Dua sepupu Rislah @ keluarga angkat Shifa).

keluarga bg man & kak nor
IMG_4201
IMG_4197
IMG_4189

Laluan untuk ibu & ayah mencuba sesuatu

IMG_4194
IMG_4195
IMG_4199
Walaupun tapak kaki rasa sedikit sakit namun ianya bagus untuk melancarkan pengaliran darah.

IMG_4196
IMG_4203
Hujan pun dah rintik-rintik...

Khamis, 6 Januari 2011

Bangun pagi

IMG_4172

Besar pengorbanan seorang ibu untuk seorang anak. 01:41 pagi. Kalu waktu sebegini, waktu yang sangat indah diulit mimpi.

Permintaan yang wajib untuk terus tidak diganggu oleh jeritan kelaparan. =)

Habis jer sebotol susu, xnak tido. Mata segar megar ajak bermain sambil gelak tawa riang rianya. Shifa, Shifaaa.

Rabu, 5 Januari 2011

Nak Belajar Buat 3D?

Saya bukanlah seorang yang pakar @ profesional untuk ini. Sekadar boleh berkongsi takat yang mampu sahaja berdasarkan ilmu & pengalaman yang ada.

alriscitra02
3d sign | alriscitra
3D : Khat namaku
3d khat | jimalzuhri

Sebenarnya, tergerak hati selepas saya terlupa sesuatu step yang satu ketika dulu selalu gunakan ketika saya dalam proses menyiapkan tugasan peribadi tempoh hari. Sejak berpindah/bertukar bidang kerja / mungkin kerna tidak selalu diamalakan telah buatkan saya menjadi lupa bersama kejutan budaya yang tidak pasti.

Bercadang nak anjurkan kursus 'Cara Mudah Melukis 3D' suatu masa nanti.

Kata orang, ilmu jika tidak dikongsi. Lama-lama akan hilang juga. Dan, samala juga jika ada ilmu tapi tidak amalkan. Dari ia tak disedari sedikit demi sedikit tercicir, saya rasa elokla cari ruang untuk dikongsikan di masa terluang nanti.

Tidak rugi mencurah ilmu daripada ilmu itu tercurah sendiri.

Ditujui sesiapa yang berada dekat dengan saya berminat. Bolehlah bertentang mata dengan saya. 

Isnin, 3 Januari 2011

Nabila & Jay-jay : Pagi | Aidilfitri 2010

Di awal tahun baru, perkara yang ramai orang kongsikan adalah yg berkaitan azam baru & impian yang belum tercapai oleh mereka. Tapi, apa yang nak saya kongsikan ialah tentang nostalgia & sejarah saya.

Sambungan cerita si Nabila & Jay-jay.  Di pagi raya tu yang dinanti-nantikan semua terutama si cilik berdua ni. Mengembalikan nostalgia lama ketika di alam kanak2, saat2 sebeginilah saat yang teramat manis. Perihal tentang bunga api & mercun, pelita, hantu yang dirantai & yang paling utama, semangat mengumpul duit raya. Dan kesemua kenangan-kenangan kehidupan ketika itulah, saya & ibunya bersama sedara-mara yang seusia pernah lalui. Dan di hari ini, adalah giliran generasi anak2 sendiri pulak. Menjadi kemestian suatu perasaan yang sukar digambarkan dirasai apabila melihat si manja kita pula melalui detik2 emas itu. Walaupun dalam suasana & tempat yang berbeza. Namun ia pasti menjadi ingatan, nostalgia & sejarah bersama.

Tanpa sejarah, tiada masa depan.

aidilfitri 2010 (101)
aidilfitri 2010 (64)
aidilfitri 2010 (65)
aidilfitri 2010 (102)

aidilfitri 2010 (68)
Mungkin peristiwa ini juga dilalui oleh beberapa pasangan istimewa yang lain & tidak akan saya lupakan. Mungkin selepas ini tiba giliran saya. Puteri saya, Shifa pun sudah semakin membesar & masih panjang cerita disebaliknya. Jay-jay; sesudahnya solat sunat Aidilfitri. Si Jay-jay telah membuat satu kejutan & secara x langsung telah menambah tugas ibunya (Kak Ija) dengan membasahi baju melayu rayanya. Memang trajedis. Baju baru x sampai 3 jam pakai, dah tersidai kat ampaian.

Berbeza pula kisah si adiknya, Nabila...
aidilfitri 2010 (63)
aidilfitri 2010 (78)
aidilfitri 2010 (80)
aidilfitri 2010 (73)
aidilfitri 2010 (114)
aidilfitri 2010 (108)
aidilfitri 2010 (104)
aidilfitri 2010 (76)
Sekian, bichara tentang wajah2 Aidilfitri.

Untuk lain-lain gambar sambutan Aidilfitri saya & family bolehla merujuk album saya di http://www.flickr.com/photos/alriscitra/sets/72157625004986956/detail/

Terima kasih & Selamat berkongsi.

Nabila & Jay-jay : Malam Pertama | Aidilfitri 2010

Bila mendengar isteri saya bercerita tentang gelagat anak rakannya yang baru mula pandai bercakap & berjalan. Tak sabar pulak nak tengok giliran puteri saya, Shifa. Apapun, mengingatkan saya dengan melayan karenah dua orang si cilik, anak buah saya ni ketika Aidilfitri lalu. Membuatkan hati ini tergerak untuk berkongsi pahit-manis sambutan Aidilfitri lalu. Walau agak terlewat gambar2 ini dikongsikan namun ianya tetap menjadi nostalgia di hati semua terutamanya Mak Njang yang sakit ketika itu.

Saya akan fokuskan gelagat si cilik berdua ni, Jay-jay & adiknya Nabila...

aidilfitri 2010 (26)
aidilfitri 2010 (24)
aidilfitri 2010 (33)

Kehangatan sambutan Aidilfitri untuk si cilik ialah di malam raya. Kalau ibu-ibu di dapur menyiapkan juadah & persiapan keesokkannya. Sambil si ayah-ayah melagukan takbir. Kakak-kakak menghias rumah & sebagainya. Si Cilik & si nakal:

Keseronokan yang pernah dilalui oleh ayah-ayah & ibu-ibunya ketika mereka di zaman sebaya mereka. Cuma bezanya, zaman dulu ada mercun. Kini, setakat bunga api jer. Nostalgia...

aidilfitri 2010 (12)
aidilfitri 2010 (13)
aidilfitri 2010 (14)
aidilfitri 2010 (15)
aidilfitri 2010 (16)