Rabu, 29 Disember 2010

Warisan : Wakaf Kubur Kutang Hulu | Tumpat

6 tahun yang lepas, saya pernah membuat kajian & lukisan terukur sebuah wakaf yang terletak di tanah perkuburan Kampung Kutang Hulu di Tumpat, Kelantan. Mungkin sedikit info & gambar-gambar yang saya rakamkan ini boleh membantu generasi kini yang masih menghargai kekayaan senibina warisan melayu kita. Semua foto-foto ini dirakamkan pada 6 tahun yang lepas. Kini, saya tidak pasti keadaannya. Samada ianya masih wujud atau telah dibaik pulih. Jika masih berpeluang, saya mungkin singgah ke situ lagi untuk melihat keadaan terkini sambil mengulit seribu kenangan di situ & akan dikongsikan semula.

Wakaf Kubur Kutang Hulu | Tumpat
Wakaf Kubur Kutang Hulu | Tumpat
Wakaf Kubur Kutang Hulu | Tumpat
Wakaf Kubur Kutang Hulu | Tumpat

Secara ringkasnya, berdasarkan temuramah yang telah dibuat dengan beberapa orang penduduk kampung ini. Kampung Kutang Hulu telah ditubuhkan sekitar 1914 yang ditadbir oleh Penghulu bernama Awang Bin Saadmah. Pembinaan wakaf kubur ini adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturahim dikalangan penduduk kampung semasa pemerintahannya disamping menjadi tempat persinggahan & tempat berteduh.

Pembinaannya yang diketuai oleh seorang tukang ukir besi terkenal ketika itu iaitu Konok Bin Mat Min. Beliau merupakan anak tempatan tetapi lebih banyak mengadaptasikan pengaruh senibina dari Pattani, Thailand ke dalam hasil-hasil kerjanya. Tukang-tukang lain yang terlibat ialah Wan Jusoh, Wan Ali & Wan Omar.

Pembinaan ini juga dilaksanakan secara bergotong-royong dan dipercayai mengambil masa selama sebulan. Antara material yang digunakan ialah kayu merbau dan atap senggora yang diperolehi dari Kemasik dan Pattani.

Isnin, 27 Disember 2010

Singgah ke Taman Tanjung | Dungun

Kerana terlalu awal untuk ke pasar, kami bertiga singgah sebentar ke Taman Tanjung. Menikmati suasana di awal pagi.

400D IMG_0070
tanda sejarah
desa
kuala dungun
ombak
desiran
panduan
berpandukan
seorang anak
perjalanan yang jauh


400D IMG_0068

Gear info : eos400d & 70-200 f4L

Ahad, 26 Disember 2010

Majlis Perkahwinan Along & Nadzim : Ayah Ngah | Taman Pelindung

Berlangsung sudah majlis perkahwinan sepupu isteri saya. Dikesempatan di hari bersejarah ini juga saya cuba merakamkan bichara wajah2 potret sanak saudara yang hadir agar ia dapat dikongsikan & dikenali oleh generasi akan datang. Kekadang kita mungkin rasa teringin untuk melihat @ mengenali wajah-wajah orang tersayang yang telah pergi atau kenangan ketika zaman kecik. Tetapi, apakan daya. Masa bukannya bukannya boleh diundur, yang telah mati tidak akan kembali. Dan sejarah jangan dilupakan kerana ia tersangat penting. A people with no history are a people with no future...,NRNH



ina - ayah der | kerteh
Ina | Puteri Ayah Der, Kerteh
pro photographer
Pro Wedding Photographer
saudara nadzim
Nadzim | Saudara baru
along amalina
Amalina | Puteri Ayah Ngah Ki, Kuantan
cik der | kerteh
Cik Der | Kerteh
ayah cik | chukai
Ayah Cik | Chukai
moga berbahagia
Bersama doa kebahagian
shifa & ibu
Puteriku | Nur Shifa Umairah
my family
Bersama isteri & anak tercinta
Adik-adik sepupu
Isteri & puteriku

me
Bersama puteriku
bg ujang's family
Bersama Abang Ujang sekeluarga
mamat & shifa
Bersama Mamat | Adik Ipar



me
Dibelakang takbir bersama puteriku


Puteriku bersama Cik Ta
Ateh | Ayah Cik, Chukai

Ateh, Ayah Cik & Kakak, Pok Ranggon
Selamat Pengantin Baru | Moga berbahagia & Kekal ke akhir hayat...

Gear info : eos7d & 70-200 f4L

Jumaat, 24 Disember 2010

Shifa dah meniarap

Puteriku
Puteriku
Puteriku

HPku rosak | Himpunan Nostalgia 1999 - 2010

ini bukan iklan @ promosi
My HP (1999-2000)
Hari yang menyedihkan & menciptakan keresahan. Jika setiap kali hp rosak @ hilang. Perkara yang mungkin menjadi adat. Menyalin no hp kenalan / mencari no hp yg x de & etc lah.

Lumrah, semua perkara dalam dunia ini akan berakhir dengan kerosakkan @ tidak berdaya berfungsi dengan baik. Itu yang tidak bernyawa, yang bernyawa seperti kita as manusia ni juga begitu, akan berakhir dengan kematiaan. Sama-sama kita mengigati & saling mengigati tentang 'mati'.

Pernahkah kita mengingati atau menghargainya?

Dalam memikirkannya. Saya cuba meluangkan masa untuk kembali mengingati nostalgia & mengumpul balik imej2 model hp yang pernah dimiliki sejak 1999 hingga kini.

Bila hset yang sentiasa menemani ni dah mula meragam. Antara perkara yang akan difikirkan di kepala ni, model apa yang nak diganti berdasarkan keperluan terkini & bila la ia akan berakhir? Mungkin fikiran saya ni sama dengan adik saya coz kehilangan hp di rumahnya.

Esok pagi > Ke majlis perkahwinan sepupu kat Kuantan...