Khamis, 9 Februari 2012

Menanti Senja di Kuala Dungun

400D IMG_0723
Eos 400d + 17-50
Cuaca akhir-akhir ini di Dungun sangat indah. Bagi peminat seascape photography, peluang sebegini dinanti-nantikan. Saya, ini kali ke-4 turun padang ber~outing beramai-ramai. Best jugak =) sebenarnya. Kita dapat berkongsi ilmu & minat yang sama.

Sebelum ini, saya gemar keluar bersendirian menikmati sendiri. Mungkin faktor tiada teman yang sama minat atau untuk mengelakkan syak wasangka buruk orang kepada saya.
Antara hasilnya dengan dibantu perisian PhotoScape, saya himpun disini http://www.facebook.com/jimalzuhri#!/media/set/?set=a.2233388634283.2112622.1234932671&type=3

Sejak berpindah ke Dungun, saya mengenalai rakan tempat kerja seperti Yusri Salleh, Azmi, Naza & ramai lagi yang punyai minat yang sama. Bezanya, komitmen & masa sahaja. Tapi, setiap orang punyai citarasa berbeza.

Selasa, 24 Januari 2012

Majlis Kesyukuran Potong Jambul Al-Iman & Imani


Alhamdulillah, syukur. Majlis yang serba sederhana berjalan baik pada 20 Januari 2012 baru-baru ni.

Semoga rakaman yang spontan bersahaja ini dapat memberi secubit kepuasan buat sanak saudara & kenalan diluar sana.

Rabu, 4 Januari 2012

2012 | bermulanya bichara tentang Shifa & adiknya, Al-Iman

IMG_3616-1
IMG_2135-1
Dunia ini penuh dengan pancaroba, hasad dengki, tipu muslihat.
Ya Allah, berikanlah hidayah dan kekuatan kepadaku untuk mengharungi dunia baru ini.
Amin...