Rabu, 9 Februari 2011

Sesuatu cita2

wait

Masa saya di zaman kanak2 dulu, cita2 sy nak mengubah dunia; tetapi setelah sy membesar, sy rasakan cita2 sy tu terlalu besar...

Pastu tukar cita2 untuk mengubah negara ni; namun setelah sy meningkat remaja, sy rasakn cita2 sy tu semakin sukar...

Maka kerana fikiran itu, cita2 sy berubah lagi. Sy bercita2 pula untuk mengubah kota kelahiran sy pula. Tapi, setelah sy meningkat dewasa sy juga rasakan ia amat sukar untuk dilaksanakn...

Sy perlu menukar lagi cita2 sy itu. Cita2 saya seterusnya ingin mengubah keluarga sy. Semakin hari, umur sy semakin meningkat & semakin tua. Juga terlalu sukar untuk mengubah keluarga sy sepenuhnya.

Yang pasti semua cita2 saya terlalu besar & terlalu sukar...

Dan kerana sesuatu, barulah sy sedari. Sy perlu mengubah diri sy sendiri terlebih dahulu. Jikalah suatu masa dulu ketika sy masih kecil telah bercita2 untuk mengubah diri sy sendiri. Pasti kini sy mampu berjaya mengubah semua yang sy inginkan seperti cita2 saya sejak kecil. Mengubah keluarga sy, bandar kelahiran sy, & tidak mustahil sy mungkin mampu mengubah dunia. Kini saya telah meningkat berusia & b'kategori tua. Adakah semua itu sudah terlambat? Kalu masih belum, sama2 kita perbetulkan landasan selagi masih mampu & berpeluang.

Sekalipun semua cita2 saya itu terlalu besar & terlalu sukar. Sekurangnya bermulanya dengan adanya cita2lah diri saya berubah. Berusaha disamping berubah. Walupun apa yang dicita2kan tidak tercapai tetapi sekurangnya mampu melangkah ke depan & terus ke depan.

"Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam...
Terpedayalah orang yang hari ini sama seperti semalam...
Dan celakalah orang yang hari ini lebih buruk dari semalam...
"

-Saidina Ali-