Sabtu, 5 Februari 2011

Ke Majlis Perkahwinan Yusniza & Suffian | Manir, K. Terengganu

Pagi semalam secara rasminya saya dilantik untuk merakamkan detik-detik sejarah dengan bichara wajah-wajah buat pasangan pengantin baru ini. Secara x rasmi ia jadi majlis reunion kekawan & sedara-mara diluar jangkaan berusaha untuk menghasilkan tugasan terbaik buat pasangan ini. Pengantin lelaki ni, si Suffian merupakan kenalan lama saya ketika zaman persekolahan. Jika dibuka sejarah kisah lama, kami dulu pernah ke sekolah berbasikal bersama. Pergi juga balik sekolah pun bersama. Walaupun cuma untuk tempoh setahun coz selepas tu saya berpindah ke Kemaman & sejak itu kami lost contact. Tidak sangka Lotus-note mengetemukan kami semula & juga rakan2 yg lain... Satu tempat kerja rupenya =) Tahniah la, kawan.

yusniza-suffian (27)
yusniza-suffian (29)
yusniza-suffian (30)
yusniza-suffian (28)

Beberapa gambar yang sempat dirakamkan sekitar halaman rumah pengantin perempuan. Sekalipun posing bersahaja di tepi pagar kawat jerigi. Namun, bersaksikannya mungkin menjadi kenangan abadi.

yusniza-suffian (46)


Mereka berdua ini memang sepadan, memang secocok. Bak kata orang tua-tua; Bagai pinang dibelah dua. Si pengantin perempuan, cantik & yang si pengantin lelaki pulak, kacak. Warna tema pun menarik.

yusniza-suffian (35)
yusniza-suffian (39)
yusniza-suffian (38)

Acara seterusnya bermula dengan tadahan 10 jari memohon doa yang bersaksikan pelamin yang cantik, memohon keberkatan & kesejahteraan serta segala kebaikan buat pasangan pengantin ini. Dalam sedang kita memikirkan kebaikan buat pasangan bahagia ini. Hati terusik melihat gelagak si cilik. Kek yang menjadi sinonim & kegemaran si cilik sememangnya menjadi fikirannya & saat penantiannya.

yusniza-suffian (37)

yusniza-suffian (42)

Walaupun kek bertingkat tu dah terbelah. Pasangan raja sehari ni seterusnya dijamukan selera bersama kedua belah keluarga. Peluang inilah berpeluang menyaksikan mereka berdua ini bermanja-manja, suap-menyuap. Moga ia semua itu berkekalan.

yusniza-suffian (49)
yusniza-suffian (50)

Seterusnya ke bilik pasangan raja sehari. Yang juga berkonsepkan hitam & putih sememangnya sesuai untuk pasangan anak jati Terengganu.

yusniza-suffian (45)
yusniza-suffian (44)

Sedang asyik melayan saat-saat manis & berbichara wajah-wajah di rumah pengantin perempuan. Terlupa pula bichara wajah-wajah ketika detik sambutan perarakkan kehadiran pasangan raja sehari ni. Walau tanpa padu kompang setiap acaranya berlalu dengan baik & lancar. Alhamdulillah.

yusniza-suffian (26)
yusniza-suffian (21)

Juga saat-saat sahnya pernikahan mereka sebagai pasangan suami isteri. Walaupun awalnya nampak gemuruh, tapi senyuman manis menutup segala-galanya.

yusniza-suffian (1)



Dengan lafaz sebanyak 2 kali.

yusniza-suffian (7)
yusniza-suffian (9)
yusniza-suffian (11)
yusniza-suffian (10)

Upacara membatalkan air sembahyang.

yusniza-suffian (13)
yusniza-suffian (12)

Masa untuk bertukar untuk bergelar raja sehari.

yusniza-suffian (17)

Bila direnung, ada hikmah disebalik majlis ini. Disamping menimba ilmu & menambah pengalaman. Saya diketemukan semula dengan ikatan persahabatan yang sekian lama terurai. Diketemukan semula rakan-rakan seperjuangan dulu walaupun dunianya kini yang berbeza bersama kejayaan yang dimiliki masing-masing. Secubit kepuasan.

yusniza-suffian (14)
yusniza-suffian (16)

Rasanya sudah cukup untuk berbichara tentang sebuah perjalanan & sejarah. Bichara dari wajah-wajah di majlis perkahwinan kenalan lama saya ini, Suffian & isterinya Yusniza memberi satu erti juga satu permulaan. Akhir, dengan harapan semoga pasangan ini berbahagia & berkekalan ke akhir hayat. Tahniah buat kamu...



Sekian dari saya a.k.a Alriscitra.

Gear info : EOS 7D | EOS 400D | EFs 10-22 USM | EFs 15-85 USM | EF 50 f/1.8 | EF 70-200 f/4 L USM