Isnin, 28 Februari 2011

Idea Jangan Disiakan

my sketch diary

Idea sebenarnya datang tidak mengira di mana anda berada; tidak kira keadaan & suasana anda hadapi. Dan kerana itulah, seperti yg pernah dipesan oleh guru-guru / lecturer-lecturer saya dulu, 'Tulislah, lukislah walau di atas sehelai tisu'... Sama ada ia sekadar imiginasi ataupun sekadar kepuasan dari membuang masa begitu saja.

Sejak itulah, menjadi amalan bagi saya bersama sketch book kesayangan saya untuk menyimpan idea-idea saya. Kerana dah sifat manusia lupa & lalai.