Sabtu, 18 Disember 2010

Ke Majlis Perkahwinan Zubaidah

Hari ni kami bertiga menghadiri majlis perkahwinan rakan sesekolah kami. Perjalanan yang dekat disangkakan jauh itu memberi kami kelapangan untuk mengenali lebih lanjut perkampungan yang pertama kali kami menjejak kaki itu. Sebuah kampung yang dikira sangat menarik & lengkap. Juga masih meninggalkan khazanah warisan bersejarah berharga buat generasi masa depan.

Walaupun keadaan tidak memihak untuk mengabadikan beberapa kenangan & arkib di situ. Namun niat mendatang untuk kembali menjejakkan kaki semula kukuh. InsyaAllah, setelah memberi laluan tenkujuh saya akan kembali ke situ untuk mengutip sesuatu yang tidak pasti.

Setibanya kami di desa halaman rakan persekolahan. Hati saya didesak ke masjid atas bukit tu. Apa yang element yang tertarik dari luar ialah seperti gambar 1 di bawah.

Kepada Zu & suami, tahniah buat kamu berdua. Moga berbahagia & kekal ke akhir hayat.

kenduri-bedah