Rabu, 29 Disember 2010

Warisan : Wakaf Kubur Kutang Hulu | Tumpat

6 tahun yang lepas, saya pernah membuat kajian & lukisan terukur sebuah wakaf yang terletak di tanah perkuburan Kampung Kutang Hulu di Tumpat, Kelantan. Mungkin sedikit info & gambar-gambar yang saya rakamkan ini boleh membantu generasi kini yang masih menghargai kekayaan senibina warisan melayu kita. Semua foto-foto ini dirakamkan pada 6 tahun yang lepas. Kini, saya tidak pasti keadaannya. Samada ianya masih wujud atau telah dibaik pulih. Jika masih berpeluang, saya mungkin singgah ke situ lagi untuk melihat keadaan terkini sambil mengulit seribu kenangan di situ & akan dikongsikan semula.

Wakaf Kubur Kutang Hulu | Tumpat
Wakaf Kubur Kutang Hulu | Tumpat
Wakaf Kubur Kutang Hulu | Tumpat
Wakaf Kubur Kutang Hulu | Tumpat

Secara ringkasnya, berdasarkan temuramah yang telah dibuat dengan beberapa orang penduduk kampung ini. Kampung Kutang Hulu telah ditubuhkan sekitar 1914 yang ditadbir oleh Penghulu bernama Awang Bin Saadmah. Pembinaan wakaf kubur ini adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturahim dikalangan penduduk kampung semasa pemerintahannya disamping menjadi tempat persinggahan & tempat berteduh.

Pembinaannya yang diketuai oleh seorang tukang ukir besi terkenal ketika itu iaitu Konok Bin Mat Min. Beliau merupakan anak tempatan tetapi lebih banyak mengadaptasikan pengaruh senibina dari Pattani, Thailand ke dalam hasil-hasil kerjanya. Tukang-tukang lain yang terlibat ialah Wan Jusoh, Wan Ali & Wan Omar.

Pembinaan ini juga dilaksanakan secara bergotong-royong dan dipercayai mengambil masa selama sebulan. Antara material yang digunakan ialah kayu merbau dan atap senggora yang diperolehi dari Kemasik dan Pattani.

Isnin, 27 Disember 2010

Singgah ke Taman Tanjung | Dungun

Kerana terlalu awal untuk ke pasar, kami bertiga singgah sebentar ke Taman Tanjung. Menikmati suasana di awal pagi.

400D IMG_0070
tanda sejarah
desa
kuala dungun
ombak
desiran
panduan
berpandukan
seorang anak
perjalanan yang jauh


400D IMG_0068

Gear info : eos400d & 70-200 f4L

Ahad, 26 Disember 2010

Majlis Perkahwinan Along & Nadzim : Ayah Ngah | Taman Pelindung

Berlangsung sudah majlis perkahwinan sepupu isteri saya. Dikesempatan di hari bersejarah ini juga saya cuba merakamkan bichara wajah2 potret sanak saudara yang hadir agar ia dapat dikongsikan & dikenali oleh generasi akan datang. Kekadang kita mungkin rasa teringin untuk melihat @ mengenali wajah-wajah orang tersayang yang telah pergi atau kenangan ketika zaman kecik. Tetapi, apakan daya. Masa bukannya bukannya boleh diundur, yang telah mati tidak akan kembali. Dan sejarah jangan dilupakan kerana ia tersangat penting. A people with no history are a people with no future...,NRNH



ina - ayah der | kerteh
Ina | Puteri Ayah Der, Kerteh
pro photographer
Pro Wedding Photographer
saudara nadzim
Nadzim | Saudara baru
along amalina
Amalina | Puteri Ayah Ngah Ki, Kuantan
cik der | kerteh
Cik Der | Kerteh
ayah cik | chukai
Ayah Cik | Chukai
moga berbahagia
Bersama doa kebahagian
shifa & ibu
Puteriku | Nur Shifa Umairah
my family
Bersama isteri & anak tercinta
Adik-adik sepupu
Isteri & puteriku

me
Bersama puteriku
bg ujang's family
Bersama Abang Ujang sekeluarga
mamat & shifa
Bersama Mamat | Adik Ipar



me
Dibelakang takbir bersama puteriku


Puteriku bersama Cik Ta
Ateh | Ayah Cik, Chukai

Ateh, Ayah Cik & Kakak, Pok Ranggon
Selamat Pengantin Baru | Moga berbahagia & Kekal ke akhir hayat...

Gear info : eos7d & 70-200 f4L

Jumaat, 24 Disember 2010

Shifa dah meniarap

Puteriku
Puteriku
Puteriku

HPku rosak | Himpunan Nostalgia 1999 - 2010

ini bukan iklan @ promosi
My HP (1999-2000)
Hari yang menyedihkan & menciptakan keresahan. Jika setiap kali hp rosak @ hilang. Perkara yang mungkin menjadi adat. Menyalin no hp kenalan / mencari no hp yg x de & etc lah.

Lumrah, semua perkara dalam dunia ini akan berakhir dengan kerosakkan @ tidak berdaya berfungsi dengan baik. Itu yang tidak bernyawa, yang bernyawa seperti kita as manusia ni juga begitu, akan berakhir dengan kematiaan. Sama-sama kita mengigati & saling mengigati tentang 'mati'.

Pernahkah kita mengingati atau menghargainya?

Dalam memikirkannya. Saya cuba meluangkan masa untuk kembali mengingati nostalgia & mengumpul balik imej2 model hp yang pernah dimiliki sejak 1999 hingga kini.

Bila hset yang sentiasa menemani ni dah mula meragam. Antara perkara yang akan difikirkan di kepala ni, model apa yang nak diganti berdasarkan keperluan terkini & bila la ia akan berakhir? Mungkin fikiran saya ni sama dengan adik saya coz kehilangan hp di rumahnya.

Esok pagi > Ke majlis perkahwinan sepupu kat Kuantan...

Khamis, 23 Disember 2010

Nostalgia di Tanjung Ketapang @ Tanjung Monyet | Muar

Petang semalam, selepasnya menjemput puteri kesayangan kami. Terserempak kumpulan wild monkeys @ macaques ini terus mengingatkan saya dengan kaum kerabatnya kat Tanjung Ketapang di Muar sana. Shifa tengok tak berkelip. Samada dia takut @ geram. Sebab bear kat rumah dijadikan pengasah gusinya.

Tak sangka, kat bandar Dungun ni pun is home to wild monkeys or macaques ni...

kera-muar
kera-muar-2
Gambar lama yang menjadi nostalgia.

Ketika dulu, hampir setiap petang saya akan mengunjungi Taman ini. Balik jer dari site project terus kunjung ke sini. Di situ tamannya tak la menarik sangat tapi, adanya geng2 macaques ni. Ada serinya kepada yang hadir terutamanya kanak2 kecik.

Kalu bernasib baik, leh serempak dgn geng2 'penembak necenel geograpiq'. Tengok dari jauh jer la. Dekat2 nanti tergugat lak yang guna EOS 1D Mark ? + lens putih-mutih ring berwarna merah itu. Yela, time tu saya berbekal EOS Nokiya 9300 Mark i + Lens 2 bijik mata saya tembak diaorang. =)

Susah sebenarnya nak jumpa manusia cam diaorang yang mencintai alam & nostalgia. Secubit kepuasan yang susah untuk dinilaikan. Seni alam kehidupan = Alam Citra.

Rabu, 22 Disember 2010

BES4026

Fenomena atau trajedi? Dua ungkapan yang biasa kita dengar & jarang berlaku.

Sabtu, 18 Disember 2010

Ke Majlis Perkahwinan Zubaidah

Hari ni kami bertiga menghadiri majlis perkahwinan rakan sesekolah kami. Perjalanan yang dekat disangkakan jauh itu memberi kami kelapangan untuk mengenali lebih lanjut perkampungan yang pertama kali kami menjejak kaki itu. Sebuah kampung yang dikira sangat menarik & lengkap. Juga masih meninggalkan khazanah warisan bersejarah berharga buat generasi masa depan.

Walaupun keadaan tidak memihak untuk mengabadikan beberapa kenangan & arkib di situ. Namun niat mendatang untuk kembali menjejakkan kaki semula kukuh. InsyaAllah, setelah memberi laluan tenkujuh saya akan kembali ke situ untuk mengutip sesuatu yang tidak pasti.

Setibanya kami di desa halaman rakan persekolahan. Hati saya didesak ke masjid atas bukit tu. Apa yang element yang tertarik dari luar ialah seperti gambar 1 di bawah.

Kepada Zu & suami, tahniah buat kamu berdua. Moga berbahagia & kekal ke akhir hayat.

kenduri-bedah

Isnin, 13 Disember 2010

Labah-labah dan sarangnya

labah-labah-pagi
Gambar lama ini dirakamkan pada tarikh seperti tertera pada foto di kawasan kampung saya ketika kabus masih tebal & matahari baru nak naik. Sengaja dikongsikan agar secubit dari itu dapat menyuntik rasa cintakan alam dan sekaligus menyedarkan kita dengan kebesaran ilahi.

Sedar atau tidak sedar, fotografi juga satu laluan untuk berdakwah.

Ahad, 12 Disember 2010

Kampung halaman | di petang hari



Memandangkan dah x tahu nak buat apa kat rumah. Ronda-ronda ke belakang kampung sambil-sambil mengulit nostalgia lama bersama adik kesayangaku ini.




Dulu masa kecik2, di kawasan inilah selalu datang memancing. Tempat ni dinamakan 'Parit kecik' oleh kami sekawan. (Zahari Moklong, Ramli & Sofie). Di pengkalan utama kami pun masih tidak berubah apa-apa.



Ada lagikah generasi kanak-kanak sekarang seperti generasi dulu? Dulu hanya ada permainan tradisional, kini internet game @ Play station semata. Pendek kata, tak perlu keluar rumah. Contoh paling dekat, adik saya ni dengan PS nya.

   
Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

Sekian, untuk dikongsikan.

alriscitra02
ZUHRI a.k.a ALRISCITRA

YM ID : alriscitra
Email : alriscitra@gmail.com
Flickr : http://www.flickr.com/photos/alriscitra/sets/