KENAPA BASIKAL LIPAT KLASIK
Selepas aku tengok iklan basikal Dahon Classic beberapa tahun lepas di Youtube & adalah sedikit kajian tentangnya. Aku mula tertarik dengan rekabentuk & ciri2 kekeluargaan yang ada. Memang sangat sesuai utk tujuan riadah versi bajet & klasik bersama keluarga.
http://www.thaimtb.com/forum/viewtopic.php?f=63&t=616607
So, dari situlah aku mula memburu impian bagaikan mimpi yang tak pasti & secara tak langsung terjerumus dalam lembah sepedal dari suka-suka hingga serius seperti kini. Ya, hingga pernah dianggap gila kerna sanggup mencari & mengumpul part2 original untuk lengkapkan part-part original untuk projek restore seperti datang baru kedai.
Biar orang cakap aku gila basikal buruk, tetapi kegilaan aku bersebab terutamanya adalah kerana insan2 tersayang. "Mungkin suatu hari nanti, kegilaan aku akan digilai semua orang yang pernah anggap aku gila.", ini kata-kata yang aku jadikan modal kepada kawan-kawan & juga keluarga asalkan nanti aku dapat kayuh beskal bersama anak2 & isteri suatu masa nanti walaupun dengan beskal buruk & tak mahal harganya ni berbanding dengan model Brompton yang mahal & digilai rider2 foldie masa kini. Tetapiii, walaupun murah harganya tetapi mahal nostalgianya. Ye la, klasik hari ini untuk generasi masa depan.
Setakat ini aku hanya berjaya memiliki sebuah Dahon Classic versi (I) single speed (Da-bike) warna hijau yang telahpun di'upgrade' versi (III) dengan menukar Hub Gear Sturmey Archer 3 speed tahun 1977. Walaupun proses restore dah hampir 90% namun misi memburu DHC (Dahon Classic) versi III ada palang & 3 speed tu tetap diteruskan. Ni baru betul, 'Memburu impian bagaikan mimpi'.
DHC hijau dah miliki. DHC Merah, akan menyusur & DHC Biru, jika ada jodoh. Impian yang dimimpi. Pepun, ketiga-tiga warna tu dah cukup abstrak berdasarkan sifatnya. Semoga ia tercapai & menjadi simbol kasih-sayang kekeluargaan.
-Zuhrie Alriscitra