Ahad, 30 Ogos 2015

BATU PAHAT : BANGUNAN KEDAI KONG HENG 1928


No automatic alt text available.

Sabtu, 29 Ogos 2015
BATU PAHAT
Aku tak ada pahat tajam untuk memecahkan batu. Tapi aku ada pena tajam untuk memecah kerinduan tempat yang penuh dengan warisan yg sedikit demi sedikit dimusnahkan.
Akan aku kunjungi lagi. Terima kasih tak terhingga kpd orang Batu Pahat yg sudi memberi layanan istimewa pada aku terutama sahabat lama aku sekeluarga.
No automatic alt text available.

BASIKAL+KAMERA+SKETCH
  • Basikal lipat klasik sangat sesuai untuk trip2 macam ni. Nak tau kenapa, kena rasa sendiri.
  • Kamera rare yg ketinggalan zaman sangat sesuai untuk trip2 macam ni. Nak tau kenapa, kena cuba guna sendiri.
  • Brush pen yg susah jugak nak guna sangat sesuai tuk trip2 macam ni. Nak tau kenapa, kena lukis sendiri.

Next nak gi Ipoh. Pastu nak gi Taiping. Pastu agi nak gi Pulau Pinang. Nak ikut, jom. Tapi tak tau la bila tuu... Ada rezeki lebih, realitilaa tuu.

Selasa, 25 Ogos 2015

KEMBARA KLASIK '16



Selasa, 25 Ogos 2015
KEMBARA KLASIK 2016

Masih dalam proses merancang. Secara ringkas, kembara ini merupakan kembara berbasikal secara santai ke tempat-tempat warisan, tradisional & klasik.


Isnin, 24 Ogos 2015

TEAMWORK


Isnin, 24 Ogos 2015
IMPIAN TAKKAN JADI REALITI 

Selagi semua tahu bersenang dari bersusah, Selagi tulah memburu impian bagaikan mimpi.



Ahad, 16 Ogos 2015

KENAPA BASIKAL LIPAT KLASIK

Ahad, 16 Ogos 2015
KENAPA BASIKAL  LIPAT KLASIK


Selepas aku tengok iklan basikal Dahon Classic beberapa tahun lepas di Youtube & adalah sedikit kajian tentangnya. Aku mula tertarik dengan rekabentuk & ciri2 kekeluargaan yang ada. Memang sangat sesuai utk tujuan riadah versi bajet & klasik bersama keluarga.

http://www.thaimtb.com/forum/viewtopic.php?f=63&t=616607

So, dari situlah aku mula memburu impian bagaikan mimpi yang tak pasti & secara tak langsung terjerumus dalam lembah sepedal dari suka-suka hingga serius seperti kini. Ya, hingga pernah dianggap gila kerna sanggup mencari & mengumpul part2 original untuk lengkapkan part-part original untuk projek restore seperti datang baru kedai.

Biar orang cakap aku gila basikal buruk, tetapi kegilaan aku bersebab terutamanya adalah kerana insan2 tersayang. "Mungkin suatu hari nanti, kegilaan aku akan digilai semua orang yang pernah anggap aku gila.", ini kata-kata yang aku jadikan modal kepada kawan-kawan & juga keluarga asalkan nanti aku dapat kayuh beskal bersama anak2 & isteri suatu masa nanti walaupun dengan beskal buruk & tak mahal harganya ni berbanding dengan model Brompton yang mahal & digilai rider2 foldie masa kini. Tetapiii, walaupun murah harganya tetapi mahal nostalgianya. Ye la, klasik hari ini untuk generasi masa depan.




Setakat ini aku hanya berjaya memiliki sebuah Dahon Classic versi (I) single speed (Da-bike) warna hijau yang telahpun di'upgrade' versi (III) dengan menukar Hub Gear Sturmey Archer 3 speed tahun 1977. Walaupun proses restore dah hampir 90% namun misi memburu DHC (Dahon Classic) versi III ada palang & 3 speed tu tetap diteruskan. Ni baru betul, 'Memburu impian bagaikan mimpi'.

DHC hijau dah miliki. DHC Merah, akan menyusur & DHC Biru, jika ada jodoh. Impian yang dimimpi. Pepun, ketiga-tiga warna tu dah cukup abstrak berdasarkan sifatnya. Semoga ia tercapai & menjadi simbol kasih-sayang kekeluargaan.



 -Zuhrie Alriscitra

Isnin, 10 Ogos 2015

MALAYA HEROES


Isnin, 10 Ogos 2015
MALAYA HEROES

Jangan biarkan tangan keras untuk menari & takut dakwat habis. Carilah bahan seperti gambar dari mana-mana bahan media seperti internet, risalah-risalah & dan lain-lain sebagai rujukan atau panduan untuk dilukis.

Hari ini aku dah berjaya karyakan 2 potret insan yang sangat dikenali & disayangi ramai terutamanya rakyat Malaysia.

Allahyarham 'Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat'
Tun Dato' Sri Dr. Mahathir bin Mohamad