Selasa, 22 September 2015

SETIAP YANG HIDUP AKAN MERASAI MATI



SETIAP YANG HIDUP AKAN MERASAI MATI

Ingat 3 perkara: 

1, Sedekah Jariah, 
2, Ilmu bermanfaat,
& 3, Doa anak soleh...

ORANG DAN GAYA



Selasa, 22 September 2015
ORANG DAN GAYA

Sekali pandang macam beruk,
Dua kali pandang macam orang utan,
Tiga kali pandangggg... Semuanya macam makhluk tuhan.

Orang ni ada macam-macam jenis.
Ada yang tinggi, jugak ada yang rendah.
Ada yang gemuk, jugak ada yang kurus.
Ada yang jahat, jugak ada yang baik.
Pendek kata, ada yang macam-macam jenislah...

Tapi, dalam yang bermacam-macam tu pasti ada jumpa yang mulut macam celaka haram jadah kebaikkannya.

Kawan oh kawan, selalunya yang mulut celaka jugak lah lebih baik dari mulut manis bila time kita susah.

Selasa, 8 September 2015

PEPERIKSAAN




Selasa, 8 September 2015
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN

Kalu ada soalan yg tak tahu nak jawab camne, letak pensel azimat atas kepala dulu. Nanti jawapan datang sendiri. Hehe wink emoticon

Good Luck!

Isnin, 7 September 2015

IDEA ITU LAWAK



Isnin, 7 September 2015
IDEA ITU LAWAK

Tak ramai sanggup menghargai atau membayar sesuatu idea. Kerana idea itu mungkin padanya suatu perkara lawak. Lawak seperti kisah dongeng seekor burung parkit ungu kecil mengendong kotak cermin ajaib sambil membawa seekor cacing dari atas seekor gajah bergading dua ke awan tinggi

hahahaaa... Tapi jika dihayati, disebalik lawak itulah adanya siratan maksud yang sangat bererti. Tak mustahillah kekadang tu ada jugak pihak yang suka buat lawak dengan mencuri idea lawak untuk mengaut keuntungan dari itu. Itulah hakikatnya yg susah nak diubah.

Saja berkongsi pandangan dengan berkongsi sikit idea asal rekabentuk gerbang fantasi yg tak pasti realitinya untuk mengubat semangat kawan2 seperjuangan. Lukisan proses rekabentuk di atas hanya sekadar contoh sahaja & tiada kaitan dengan sesiapa.

#jimalriscitra 

Ahad, 30 Ogos 2015

BATU PAHAT : BANGUNAN KEDAI KONG HENG 1928


No automatic alt text available.

Sabtu, 29 Ogos 2015
BATU PAHAT
Aku tak ada pahat tajam untuk memecahkan batu. Tapi aku ada pena tajam untuk memecah kerinduan tempat yang penuh dengan warisan yg sedikit demi sedikit dimusnahkan.
Akan aku kunjungi lagi. Terima kasih tak terhingga kpd orang Batu Pahat yg sudi memberi layanan istimewa pada aku terutama sahabat lama aku sekeluarga.
No automatic alt text available.

BASIKAL+KAMERA+SKETCH
  • Basikal lipat klasik sangat sesuai untuk trip2 macam ni. Nak tau kenapa, kena rasa sendiri.
  • Kamera rare yg ketinggalan zaman sangat sesuai untuk trip2 macam ni. Nak tau kenapa, kena cuba guna sendiri.
  • Brush pen yg susah jugak nak guna sangat sesuai tuk trip2 macam ni. Nak tau kenapa, kena lukis sendiri.

Next nak gi Ipoh. Pastu nak gi Taiping. Pastu agi nak gi Pulau Pinang. Nak ikut, jom. Tapi tak tau la bila tuu... Ada rezeki lebih, realitilaa tuu.

Selasa, 25 Ogos 2015

KEMBARA KLASIK '16



Selasa, 25 Ogos 2015
KEMBARA KLASIK 2016

Masih dalam proses merancang. Secara ringkas, kembara ini merupakan kembara berbasikal secara santai ke tempat-tempat warisan, tradisional & klasik.


Isnin, 24 Ogos 2015

TEAMWORK


Isnin, 24 Ogos 2015
IMPIAN TAKKAN JADI REALITI 

Selagi semua tahu bersenang dari bersusah, Selagi tulah memburu impian bagaikan mimpi.



Ahad, 16 Ogos 2015

KENAPA BASIKAL LIPAT KLASIK

Ahad, 16 Ogos 2015
KENAPA BASIKAL  LIPAT KLASIK


Selepas aku tengok iklan basikal Dahon Classic beberapa tahun lepas di Youtube & adalah sedikit kajian tentangnya. Aku mula tertarik dengan rekabentuk & ciri2 kekeluargaan yang ada. Memang sangat sesuai utk tujuan riadah versi bajet & klasik bersama keluarga.

http://www.thaimtb.com/forum/viewtopic.php?f=63&t=616607

So, dari situlah aku mula memburu impian bagaikan mimpi yang tak pasti & secara tak langsung terjerumus dalam lembah sepedal dari suka-suka hingga serius seperti kini. Ya, hingga pernah dianggap gila kerna sanggup mencari & mengumpul part2 original untuk lengkapkan part-part original untuk projek restore seperti datang baru kedai.

Biar orang cakap aku gila basikal buruk, tetapi kegilaan aku bersebab terutamanya adalah kerana insan2 tersayang. "Mungkin suatu hari nanti, kegilaan aku akan digilai semua orang yang pernah anggap aku gila.", ini kata-kata yang aku jadikan modal kepada kawan-kawan & juga keluarga asalkan nanti aku dapat kayuh beskal bersama anak2 & isteri suatu masa nanti walaupun dengan beskal buruk & tak mahal harganya ni berbanding dengan model Brompton yang mahal & digilai rider2 foldie masa kini. Tetapiii, walaupun murah harganya tetapi mahal nostalgianya. Ye la, klasik hari ini untuk generasi masa depan.




Setakat ini aku hanya berjaya memiliki sebuah Dahon Classic versi (I) single speed (Da-bike) warna hijau yang telahpun di'upgrade' versi (III) dengan menukar Hub Gear Sturmey Archer 3 speed tahun 1977. Walaupun proses restore dah hampir 90% namun misi memburu DHC (Dahon Classic) versi III ada palang & 3 speed tu tetap diteruskan. Ni baru betul, 'Memburu impian bagaikan mimpi'.

DHC hijau dah miliki. DHC Merah, akan menyusur & DHC Biru, jika ada jodoh. Impian yang dimimpi. Pepun, ketiga-tiga warna tu dah cukup abstrak berdasarkan sifatnya. Semoga ia tercapai & menjadi simbol kasih-sayang kekeluargaan.



 -Zuhrie Alriscitra

Isnin, 10 Ogos 2015

MALAYA HEROES


Isnin, 10 Ogos 2015
MALAYA HEROES

Jangan biarkan tangan keras untuk menari & takut dakwat habis. Carilah bahan seperti gambar dari mana-mana bahan media seperti internet, risalah-risalah & dan lain-lain sebagai rujukan atau panduan untuk dilukis.

Hari ini aku dah berjaya karyakan 2 potret insan yang sangat dikenali & disayangi ramai terutamanya rakyat Malaysia.

Allahyarham 'Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat'
Tun Dato' Sri Dr. Mahathir bin Mohamad

Isnin, 13 Julai 2015

WARNA-WARNI KEHIDUPAN


Setiap warna itu memberi makna tersendiri, 
Menjelang Syawal tiba nanti, 
Putihkan hati menyambut Aidilfitri. 

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1436H MAAF ZAHIR & BATIN 

Ahad, 28 Jun 2015

PERKONGSIAN


Senyum diwajahnya dah mampu membuktikan betapa seronoknya anak-anak itu dengan sekeping lukisan cahaya.

Khamis, 18 Jun 2015

SALAM RAMADHAN 1456H

Ramadhan tiba! Saya sekeluarga mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kpd semua umat Islam. Selamat beribadat. Sekian.

Jumaat, 15 Mei 2015