Khamis, 16 Februari 2012

Mencari Madu

Sayapnya chantek
Lokasi : Di halaman teratakku, Dungun
Kepuasan sebenar bukanlah hanya sekadar menghasilkan apa yang nampak dengan mata kasar (sekeping foto). Tetapi, kepuasan sebenar ialah dapat mengecapi nikmat ilahi itu sendiri. Keindahan ciptaan Allah S.W.T yang sangat indah.

Selasa, 14 Februari 2012

Merah itu jambu kah?

IMG_5856-1
IMG_5853-1
Mungkin kerna sudah menjadi lumrah seorang wanita yang lembut itu suka akan kemerahan jambu. Begitu jugak si puteriku yang pantang nampak 'pink'. Pernah satu ketika di mall kat kuantan, saya terpaksa membeli beg galas baby bwarna pink kerana baby Shifa meragam... aura merah itu jambu =D

Khamis, 9 Februari 2012

Sepetang di Jambatan Kecil Pulau Sekati

atas gertak 1
atas gertak 2
Sepetang bersendirian menikmati keindahan alam ciptaan-Nya. Tempat yang kali pertama saya jejak kaki. Menurut seorang kenalan 'Bro Mahmood' yang turut sama menikmati suasana disitu. Jambatan kecil inilah satu-satunya laluan untuk ke Pulau Sekati sejak dulu lagi. Erti kata sebenar jambatan kecil ini sangat bermakna buat penduduk-penduduk disitu biarpun ia unsang ditelan zaman. Ia adalah salah satu warisan yang sangat bernilai tanpa disedari dan bakal menjadi nostalgia untuk generasi akan datang.

Menanti Senja di Kuala Dungun

400D IMG_0723
Eos 400d + 17-50
Cuaca akhir-akhir ini di Dungun sangat indah. Bagi peminat seascape photography, peluang sebegini dinanti-nantikan. Saya, ini kali ke-4 turun padang ber~outing beramai-ramai. Best jugak =) sebenarnya. Kita dapat berkongsi ilmu & minat yang sama.

Sebelum ini, saya gemar keluar bersendirian menikmati sendiri. Mungkin faktor tiada teman yang sama minat atau untuk mengelakkan syak wasangka buruk orang kepada saya.
Antara hasilnya dengan dibantu perisian PhotoScape, saya himpun disini http://www.facebook.com/jimalzuhri#!/media/set/?set=a.2233388634283.2112622.1234932671&type=3

Sejak berpindah ke Dungun, saya mengenalai rakan tempat kerja seperti Yusri Salleh, Azmi, Naza & ramai lagi yang punyai minat yang sama. Bezanya, komitmen & masa sahaja. Tapi, setiap orang punyai citarasa berbeza.