Rabu, 13 April 2011

Pipit & Sesuatu

Apabila datang musim kemarau, seekor Burung Pipit mula merasakan tubuhnya kepanasan, lalu mengeluh pada persekitarannya yang dikatakan tidak bersahabat.

Ia pun memutuskan untuk meninggalkan tempat yang sejak dahulu menjadi habitatnya, terbang jauh ke utara yang kononnya, udaranya sentiasa dingin dan sejuk. Ia pun terbang ke daerah utara. Benar, perlahan-lahan ia mula merasakan kesejukan udara, makin ke utara makin sejuk. Ia semakin bersemangat terbang ke arah utara lagi.
IMG_4850
Pipit & pagar | teratakku
Kerana teruja, burung pipit itu tidak merasakan sayapnya yang mula bersalut salji, semakin lama semakin tebal, dan akhirnya ia jatuh ke tanah kerana tubuhnya terbungkus salji. Sampai ke tanah, salji yang menempel di sayapnya bertambah tebal. Si burung pipit tidak mampu berbuat apa-apa, dan berasakan riwayatnya telah tamat. Ia merintih menyesali nasibnya.

Mendengar suara rintihan, seekor Kerbau yang kebetulan melalui kawasan itu datang menghampirinya. Namun si Burung kecewa kerana yang datang hanyalah seekor Kerbau. Ia mengherdik si Kerbau agar menjauhinya dan mengatakan bahawa makhluk yang tolol tidak mungkin mampu berbuat apa-apa untuk membantunya.

Si Kerbau tidak banyak bicara, dia hanya berdiri, kemudian kencing tepat di atas burung tersebut. Si Burung Pipit semakin marah dan memaki hamun si Kerbau. Si Kerbau hanya berdiam diri, maju satu langkah lagi, dan mengeluarkan kotoran ke atas tubuh si burung. Langsung si Burung tidak mampu berkata-kata lagi kerana dirinya sudah tertimbun kotoran si kerbau. Si Burung pipit mula menganggap ajalnya semakin hampir dan ia akan mati tidak lama lagi kerana tidak mampu bernafas.
IMG_4849
Pipit & rerumput | teratakku
Namun perlahan-lahan, ia berasakan kehangatan. Salji yang membeku pada bulunya mulai cair disebabkan hangatnya tahi kerbau itu. Ia kembali dapat bernafas dengan lega dan melihat
langit yang cerah. Si Burung Pipit berteriak kegirangan, bernyanyi-nyanyi keriangan.

Mendengar ada suara burung bernyanyi, seekor anak kucing menghampirinya, menghulurkan tangannya, mengais tubuh si burung dan kemudian menimang-nimang, menjilati, mengelus dan membersihkan sisa-sisa salji yang masih menempel pada bulu si burung. Apabila bulunya bersih, Si Burung bernyanyi dan menari kegirangan, dia menganggap telah mendapat teman yang ramah dan baik hati. Namun keriangannya tidak lama...dunianya kemudian terasa gelap gelita ditelan oleh si Kucing. Maka tamatlah riwayat si Burung Pipit.
Hitam & kelabu
Si Kucing | teratak bonda, kerteh

Moral:

  • Halaman tetangga yang nampak lebih hijau, belum tentu sesuai bagi kita.
  • Baik dan buruknya penampilan, jangan dipakai sebagai satu-satunya ukuran.
  • Apa yang pada mulanya terasa pahit, kadang-kadang berbalik membawa hikmah yang menyenangkan, dan demikian pula sebaliknya.
  • Ketika kita baru saja mendapatkan kenikmatan, jangan lekas lupa dan terburu nafsu.
  • Waspadalah terhadap orang yang memberikan janji yang berlebihan.


...artikel | cerita-tauladan.blogspot.com
photo | alriscitra

Isnin, 11 April 2011

Laman Korporat UiTMT 2011

2 tahun lepas saya pernah membuat design proposal yang sama. Cuma layout & rekabentuk sedikit berbeza. Memandangkan ada permintaan baru oleh pihak atasan untuk memberi nyawa semula kepada galeri ini. Saya cuba membantu mengolahkan semula rekabentuk lama yang pernah dibentangkan dulu.

Sekadar untuk berkhayal & berimeginasi sesuatu yang belum pasti realitinya. Sebab saya tahu, semua ini terikat dengan bajet. Walaubagaimanapun, dengan penat lelah komputer kesayangan saya ini yang kadang-kadang rebah sendiri beberapakali untuk menghasilkan apa yang dipaparkan, berikut.

Secubit kepuasan yang mungkin berguna untuk sesuatu akhiran. Agar dapat disumbangkan erti karya untuk pandangan imej & kenangan kala mendatang.

01
Pandangan laluan masuk utama
00
Pandangan dari aras atas
02
Layout plan

Cadangan Rekabentuk Banglo Setingkat di Kuala Abang

Banglo 4 bilik
Banglo 4 bilik
Banglo 4 bilik