Selasa, 27 September 2011

Saintis buktikan Nabi Musa belah laut

LAKARAN artis menunjukkan angin kuat dari timur telah menyebabkan air lagun (kiri) dan sungai (kanan) ‘berpusing’ dan membentuk dinding air dekat Laut Merah.
BOULDER, Amerika Syarikat (AS) – Saintis-saintis di AS membuktikan kebenaran kisah Nabi Musa membelah laut seperti yang diceritakan dalam kitab suci al-Quran dan Injil, lapor sebuah akhbar.
Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum fizik.
Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan mereka.
Kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu cawangan Sungai Nil.

Kini, dengan menggunakan simulasi komputer, saintis-saintis itu menunjukkan bahawa laut berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan angin kencang yang dikenali sebagai angin timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j) selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu berpusing balik lalu membentuk seperti dinding air.
Satu model lautan komputer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin yang bertiup semalamam ke atas air sedalam beberapa meter itu.
Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km.
Sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami.
Hasil kajian saintis berkenaan disiarkan di Internet oleh Jurnal Public Library of Science ONE. – Agensi

Source

Ahad, 25 September 2011

Kad Ucapan : Idea & Konsep Rekabentuk Tidak Boleh Dipisahkan

Saya cuba berkongsikan idea dan konsep dengan setiap hasil artwork yang pernah saya karyakan agar dapat membantu sesetengah pihak merujuk disamping memerah idea agar lebih kreatif lagi selain menambahkan ilmu.
My-portfolio-artwork
my artwork

Warisan : The Vernacular House of Tok Ku Paloh

Rumah Tok Ku Paloh
Lokasi asal : Kampung Paloh Makam Tok Ku, Cabang Tiga, Kuala Terengganu.
Info untuk dikongsi ~ Rujukan : E-warisan Senibina


Ringkasan
Rumah enam belas tiang yang dimiliki oleh Tok Ku Paloh mempunyai bentuk tradisional seni bina Melayu Terengganu dikenali sebagai 'Rumah Bujang bertiang Enam Belas Berselasar' kecuali untuk selasar tersebut. Rumah ini berbumbung tiga lapis tanpa rumah dapur. Bangunan ini terletak di Kampung Paloh iaitu tempat pengikut Tok Ku Paloh tinggal.

Sejarah Awal
Kampung Paloh adalah sebuah penempatan yang diberi nama sempena nama pengasasnya iaitu Tok Ku Paloh dan merangkumi semua hal penting dari keperluan agama dari buaian hingga ke liang kubur. Tok Ku Paloh telah membina bukan sahaja rumahnya tetapi mewujudkan sebuah bandar mikro dalam konteks tradisional Melayu Islam. Sayid Abdul Rahman bin Sayid Muhammad, atau dikenali sebagai Tok Ku Paloh adalah salah seorang tokoh paling penting dan terkenal dalam catatan sejarah Terengganu. Lahir pada tahun 1817 di Cabang Tiga, Kuala Terengganu, beliau adalah seorang guru agama bereputasi tinggi, seorang sarjana dan penasihat kerajaan yang berpengaruh di istana Sultan Zainal Abidin. Tok Ku Paloh berasal daripada keluarga Sayid yang soleh yang tidak dapat dinafikan susur galur keturunan daripada Nabi Muhammad. Pencariannya untuk lebih memahami dan mendalami pengetahuan agama telah membawa beliau ke tanah suci Mekah. Beliau menghabiskan bertahun-tahun lamanya belajar dan mengkaji, dan akhirnya lulus dari sekolah Tarekat Nasybandiah. Tidak lama setelah pulang, beliau mula mengajar ilmu agama dan reputasinya meningkat serta mendapat pengaruh yang cukup besar dalam lingkungan agama. Hal ini membuka jalan bagi perlantikannya sebagai Syeikhul Ulama yang dianugerahkan oleh Sultan Terengganu. Sebagai tanda penghargaan, beliau dianugerahkan sebidang tanah oleh Sultan sebagai penghargaan terhadap sumbangan yang bermakna terhadap masyarakat dan kerabat diraja.

Dengan sebidang tanah yang dianugerahkan itu, beliau membina rumah untuknya, tiga belas orang isteri, empat puluh empat orang anak dan sejumlah pengikutnya. Kawasan yang dikenali sebagai Kampung Paloh kemudian dibahagikan kepada beberapa pecahan iaitu untuk tempat tinggal, penyediaan makanan dan kemudahan memasak, surau sebagai institusi pendidikan, sebuah kebun buah-buahan, ladang pertanian, ruangan istirahat yang selesa, tempat mandi awam, pondok penyembelihan haiwan, taman rekreasi bagi anak-anak beliau yang ramai dan tanah perkuburan.

Konsep Pembinaan dan Susun Atur
Rumah ini berbentuk seni bina Melayu tradisional vernakular yang lengkap, yang berbeza hanyalah terdapatnya selasar dan pastinya mereka tidak mempunyai rumah dapur atau unit dapur. Selasar ini adalah platform yang didirikan lebih tinggi daripada serambi dan kawasan ini merupakan tempat pemilik rumah melayan para tetamu lelaki dan melakukan perbincangan keagamaan walaupun beliau sering mengajar di surau. Rumah ibu pada dasarnya khusus untuk ahli keluarga dan saudara yang dekat. Rumah ini tidak mempunyai unit dapur atau rumah dapur. Tugas memasak terletak di tangan pengikut To Ku Paloh yang melakukan semua kerja memasak dan mencuci untuk beliau di pondok-pondok yang dibina di sekitar rumahnya. Tingkap rumah ini kurang berbanding dengan kebiasaan yang ada pada rumah Melayu tradisional. Hal ini mungkin mencerminkan bimbingan agama yang ketat dan nilai privasi yang tinggi sebagai pemimpin dan guru masyarakat.

Penggunaan Bahan
Seluruh rumah dibina menggunakan kayu cengal sebagai komponen struktur utama serta geladak lantai. Dinding dalaman rumah (juga beberapa bahagian luaran) dibuat daripada panel dari buluh anyaman yang dikenali sebagai pelupuh. Kayu cengal tersebut ditebang dari tanah Tok Ku Paloh yang mana beberapa bahagian masih lagi kawasan hutan. Tugas membawa kayu secara manual dilakukan sendiri oleh pengikut Tok Ku, atau dengan menggunakan lembu dan kerbau bagi memudahkan kerja mereka. Tok Ku berjaya mendapatkan perkenan Sultan untuk menggunakan gajah yang membawa kayu ke lokasi. Sungai juga merupakan sumber utama pengangkutan. Atap menggunakan genting senggora sepenuhnya yang diimport dari negara jiran, Thailand. Tok Ku Paloh juga menggunakan paku gangsa yang dibuat khusus dalam membina rumah ini.

Unsur Hiasan
Dinding panel dengan beberapa ukiran kayu secara hemat dihiasi untuk menanamkan rasa bangga pemilik rumah tanpa berlebihan. Reka bentuk keseluruhan tampil sederhana dan tidak menonjol. Ada empat bukaan pada panel utama (sebahagian daripadanya panel papan cantik dengan kekisi ukiran kayu) di kedua-dua sisi rumah yang dipotong berbentuk bujur, disebut telur buaya yang direka sebagai sistem pengalihan udara. Anak tangga curam dihiasi dengan motif kerawang berulang-ulang dengan kepala tangga dalam keadaan menegak, berbentuk ukiran datar. Tiang rumah ini didirikan di tapak yang dibuat daripada konkrit.

Jumaat, 9 September 2011

Exhibition Booth : Takaful Ikhlas Dungun

Keikhlasan itu mengajar aku satu erti menghargai sesuatu kerja yang dilakukan & apa yang dimiliki. Bukan sahaja untuk diri aku tapi semua pihak yang masih celik tapi hakikatnya buta. Tanpa keikhlasan, ia hanya sia-sia. Berminat dengan pelaburan & simpanan takaful sebagai persediaan kelak, bolehlah berhubung dengan ayah saudara saya, En. Mat Baba (Habina Ikhlas Agency) : 013-9162977


Location | Mesra Mall, Kerteh
Layout plan | Takaful Ikhlas
3d illustration | Alriscitra Creative
ALR 11 - TIK 001
ALR 11 - TIK 001

Rabu, 7 September 2011

Shifa atas buaian telemong

Dulu masa Shifa baby, Shifa pernah tidur dalam buaian ni kat halaman rumah Mak Kembang, Telemong. Klik link untuk bukak post bertajuk BUAIAN HIJAU | LUBUK BATU. Sekarang Shifa dah pandai berlari & memanjat. Makinlah seronok sampai xnak turun.

IMG_1454
IMG_1457

Shifa bermain bola di padang

main bola
main bolamain bolamain bola
main bola
main bola
main bola

Sabtu, 3 September 2011

2 Syawal 1432H | Maaf Dipinta

Hari Raya Kedua
Lokasi : Manir, K.Terengganu

Saling bermaaf-maafan di Aidilfitri. Awal pagi ni abah & mak bertolak ke Utara. Bagi meraikan Aidilfitri yang mulia bersama sanak saudara dirindui di sana. Dari bumi Perak hingga ke pulau Penang. Dikongsi kenangan bichara rupa sambutan Aidilfitri tahun lepas di bumi utara; http://www.flickr.com/photos/alriscitra/sets/72157625004986956/detail/
IMG_1404
IMG_1399
IMG_1406

Jumaat, 2 September 2011

1 Syawal 1432h | Keluarga Kerteh

Hari Raya Pertama
Lokasi : Kerteh, Kemaman

Tahun ini kami bertiga menyambut Syawal di Kerteh bersama himpunan keluarga yang besar. Walau dalam keadaan cukup bsederhana, namun penuh dengan kasih sayang.

Masih ada 2 keluarga untuk cukupkan forum. Keluarga Ayah Cik, Kemaman & Ayah Ngah, Kuantan.
IMG_1236

Get the flash player here: http://www.adobe.com/flashplayer