Khamis, 31 Mac 2011

Tempat berteduh

1
2
3
4


Mungkin Si Kuning ini antara tambahan seri di teratak kami kala kehadiran si kecil. Manja & keriangan Si Kuning akan memberi keceriaan tersendiri.

Di sebalik sentuhan nombor-nombor

Selalunya di akhir-akhir bulan, si putih sebegini akan sentiasa menemani. Bank-bank yang berhampiran pulak akan selalu dikunjungi. Satu komitmen yang perlu diselesaikan cepat. Bab-bab duit ni perlu berdisiplin. Pusing-memusing.

kanong kolkuleter

Kalkulator pun 'Kanong'. Kalu ada nikong, nak jugak merasa. Hehe =)

Rabu, 30 Mac 2011

PUTERIKU | Shifa ketika 10 bulan


Pejam celik, pejam celik. Dah nak hampir setahun dah usia puteri kesayangan kami ni. Walaupun sepanjang langkah-langkah kami berhadapan macam2 dugaan. Namun, Alhamdulillah syukur segalanya dilalui dengan baik dgn seribu ketabahan. Semoga esok lebih baik dari semalam.

IMG_5180
Pengubat kami...

IMG_3168
IMG_3170
Foto ini dirakamkan sebelum ke klinik ketika puteriku, Shifa sedang demam. Tetap ceria dengan senyuman walaupun tidak sihat.

Puteriku...

Di Halaman Teratak Alriscitra

Kerana warna bulunya hitam & putih. Saya gelarkan ia 'Renab Ganu'.

renab putih
Posing bersahaja
bek
Anak kambing siapa?
Kemunculan anak kambing dalam kawasan rumah jiran kami, Nomi. Memang buat puteriku ceria di matanya.

Khamis, 24 Mac 2011

Bermata 4

Close encounter
Photo | Kucau a.k.a Dr. Yusri
Bila melihat kedetailan si kecik ini membuatkan banyak perkara tertarik terutamanya kempat bijik matanya. Banyak siratan yang boleh diuraikan dengan sekeping foto x bernyawa ini. Walaubagaimanapun, diabadikan pada lukisan saya.

labah2 kucau

Rabu, 16 Mac 2011

Nostalgia ALI SETAN (1985) : Dialog best

Petik dari : http://en.expo2010.cn/c/en_gj_tpl_8.htm
Malaysia Paviliom for Shanghai World Expo 2010

Bila terjumpa design yang hebat ini teringat dialog best filem Ali Setan yang digemari sesetengah bebudak archi kat Malaysia. Apapun, mungkin disebalik semua ini memberi erti tersirat untuk sama-sama kita renungkan.
"Bumbung Minangkabau, tak semestinya bercirikan kebangsaan. Ia hanya berfungsi untuk mengalirkan air keluar. Ciri-ciri kebangsaan boleh didapati daripada integrasi ruang, daripada sirkulasi ruang dan penyatuan unsur-unsur yang tertentu. Ia tak semestinya terletak pada bumbung sahaja. Kalau bangunan tinggi kita taruk bumbung Minangkabau, tak harmoni dan tak mengikut scale. Samalah macam koboi dengan pistol pakai songkok! Haha, apalah susah sangattt.. Hah, kacang la!"

Isnin, 7 Mac 2011

PUTERIKU : Pengubat Hati Kami Berdua

shifa dah bangun
Puteriku, Nur Shifa Umairah dah bangun.

7 Mac 2011, genapla ulang tahun perkahwinan kami berdua. Hingga hari ini, kami dikurniakan puteri teristimewa yang sentiasa memberi sinar hidup ini. Sinar inspirasi buat kami...