Ahad, 13 Disember 2009

PROPOSAL : GIMIT PELANCARAN

Gimit Pelancaran Bulan Kualiti UiTMT 09

Di kampus-kampus cawangan masing-masing mungkin sibuk dengan persediaan menyambut kehadiran bulan kualiti. Projek terbesar pertama yang melibatkan saya untuk menyediakan rekabentuk grafik. Selain banner, backdrop & bunting. Yang mungkin sedikit mencabar ialah rekabentuk gimit pelancaran. sekadar menyediakan konsep rekabentuk & illustrasi.

Sekian,

ZUHRI a.k.a ALRISCITRA

YM ID : alriscitra
Email : alriscitra@gmail.com
Flickr : http://www.flickr.com/photos/alriscitra/sets/

Selasa, 10 November 2009

Proses Cadangan Banglo 2 Tingkat | Kelantan

Dalam kesuntukkan masa & kesukaran untuk seseorang itu berimaginasi. Kekadang kita perlu mencari sesuatu jalan terbaik dalam ruang masa yang terhad itu. Sesetengah orang diluar sana mungkin dapat mendengar satu cerita tapi tidak mampu membayangkan @ berimaginasi seperti yang diceritakan.
http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/296732_298238096872712_229716280391561_1154133_1400817260_n.jpg
Untuk membantu, lakaran @ illustrasi perlu dibuat. Antara contohnya seperti ilustrasi-ilustrasi yang dibuat dibawah. Walau tanpa tingkap, tanpa kemasan lain. Ia cukup sekadar membantu untuk membayangkan @ berimaginasi rupabentuk & konsep rekabentuk rumah yang bakal dibinanya nanti.
ilustrasi separa siap
ilustrasi separa siap

Selasa, 27 Oktober 2009

Isnin, 21 September 2009

RESIGNATION : C.O.W ARCHITECT

Yes!!! Aku dah dapat rezeki balik Terengganu. Alhamdulillah...

21 SEPTEMBER 2010, Aku nekad untuk meninggalkan kerjaya & trmpat yang sangat selesa buatku. Walaupun ia membuat aku berbelah bagi jugak terpaksa melepaskan segalanya yang dihimpunankan. Namun aku yakin setiap pengorbanan yang dibuat itu pasti ada kebaikkannya. Demi kesempurnaan & kebahagiaan keluargaku bersama isteri tercinta. Dan aku tidak perlu berulang-alik lagi dari Johor - Terengganu. Aku xnak anak aku terabai & kurang kasih sayang seorang ayah. Aku xnak isteriku tercinta yang tengah mengandung 9 bln tanpa aku disisi. Selamat tinggal Johor & PJJ.

Kini aku berpeluang lebih serius dengan kehidupan walaupun serba kekurangan. Thank you Allah




Ahad, 20 September 2009

AIDILFITRI 2009

MY FAMILY : Md Rozali | Fatimah | Bawie+Ris | Choo | Emy | Ney | Ely | Nana 

KENANGAN SYAWAL YANG LALU

by ALRISCITRA | 20 Sept 2009 | Pelitaku hangus
by ALRISCITRA | 20 Sept 2009 | Lemang
by ALRISCITRA | 20 Sept 2009 | Pembakar semangat

Jumaat, 14 Ogos 2009

Khamis, 6 Ogos 2009

GADIS BERTUDUNG UNGU

Gadis bertudung ungu
Kerana mata

DISEBALIK 'ALRISCITRA'

Kekadang | Semua pilihan tidak tepat... 'ALL' or 'AL'
Kekadang | Keputusan yg dibuat berisiko... 'RISK' atau 'RIS'
Dan | Doa adalah penawar 'CITRA'
'ALRISCITRA' dicetuskan sejak saya menuntut lagi. Dan lukisan-lukisan di atas ini adalah lukisan yang dilukis ketika menuntut & ia kenangan dipermulaan penglibatan saya dalam bidang senibina.

Nama 'ALRISCITRA' sebenarnya adalah singkatan abstrak ungkapan semangat & gabungan nama. AL(ALL)+RIS(RISK)+CITRA atau AL(Alzuhri)+RIS(Rislah)+CITRA.

Logo ALRISCITRA pula diolah dari lukisan dari simbolik keyakinan & tidak putus asa saya serta berani mengambil risiko. Jika dilihat pada logo ALRISCITRA. Bulatan yang berwarna ungu itu adalah kepala @ ARCHIPELAGO (Kepulauan). Hitam & kelabu pula adalah tangan di atas kepala atau NUSANTARA MELAYU.
ALRISCITRA CREATIVE

KERANA MATA


Bila mata bertentang mata, kelu lidah untuk berkata. Dari mata turun ke hati?

3 SAHABAT


TERINGIN NAK BOTAK

8Ogos2005 | Selayang

TAIPING


Kalau tak silap lukisan ni saya lukis kat tasik Taiping semasa join site analysis tuk final project design 04

WANITA BERNAMA IBU

Syurga di bawah tapak kaki ibu


MY SKETCH BOOK






Klik pada gambar di atas untuk melihat paparan yang lebih berkualiti.

Rabu, 29 Julai 2009

POTRET : ANAK ABANG KANO

Lakaran yang separa siap yang sempat dirakamkan buat kenangan. Xtau nape, susah betul nak lukis matanya. Mungkin mata aku yang dah ngatuk waktu tu. Dah tak mampu nak nanggung. Aku lukis ni khas buat Bg Kano, yang agak rapat dengan aku. Sebagai secubit kenangan buat Bg Kano & Kak Dayang.

Isnin, 27 Julai 2009

Wajah-wajah

Gadis bertudung merah

Lukisan ini dilukis di Taman Batu Muda, Gombak. Sambil mewarna submission drawing, aku mewarna sketch book kesayanganku ni. Lukisan ni kini dalam simpanan classmate aku bernama Shafa sebagai kenangan.



Ahad, 5 Julai 2009

PANTAI : TELUK BIDARA | CILIK WANY




Betul kata orang tua-tua, penat boleh hilang dengan hiburan cilik anak. Cam biasa, setibanya saya kat Dungun, menjadi satu kemestian bawak anak-anak Cik Der jalan-jalan.

Jumaat, 3 Julai 2009

KOTA BAHRU

Kami berdua
Kenangan kami di Kota Bharu, Kelantan. Ini kali ke-2 bawa isteriku ke sini. Walaupun semua ni tak dirancang, tp berbaloi. Terima kasih byk2 Farah Ahlami sekeluarga (housemate Ris) kerana ajak makan malam kat rumahnya. Dan, Kak Zam coz sudi jadi pemandu pelancong. Tqvm

Sabtu, 27 Jun 2009

ANAK LEMBU YANG JINAK

Anak Lembu | Manir
Anak lembu yang baik. Sebenarnya bila kita dekat dengan binatang dan keindahan alam ini. Jiwa kita boleh tenang. Saya sendiri, pencinta alam. Kekadang ramai orang tak faham, kenapa saya sukakan kamera & motor besar seperti Virago, Jaguh & sebagainya. Walhal, orang muda seperti saya ini biasanya menghabiskan duit menggilai handset2 canggih & terkini, kereta sport yang berkuasa, motor superbike yang laju & sbgainya. Saya suka gambar, saya suka lukisan, saya suka senibina tradisional, saya sukakan kehijauan & binatang. Saya tak mampu hidup di kota dgn kemodenan. Moga doa dikabulkan untuk balik bertapak di bumi Terengganu & dekat dgn keluarga terutamanya bakal anak saya.

SAWAH : MANIR

Giliran balik Manir, Kuala Terengganu. Memandangkan kampungku dikelilingi sawah padi. Sempat jugak la sekeping dua sambil-sambil menikmati keindahan ciptaan Allah S.W.T