Rabu, 17 Disember 2008

KERETAKU MANDI TANAH MERAH

16 Dec 2008 | 10:15 am | PBU Site Project

Camnilah keadaan kereta saya yang rela dalam keterpaksaan masuk dalam site projek setiap hari. David dah buang bumbung dah, kepanasan la kereta saya.

Khamis, 27 November 2008

UiTM : KOMPLEKS 3 TINGKAT | KOLEJ TERATAI

Keladi yang bakal tumbuh di UiTM Shah Alam.

[c] jim HSA JB | My Artwork

Disebalik design asal, boleh dikatakan saya banyak study tentang concept urban design. Aspek material & teknologi binaan yang diguna berkonsepkn moden & terkini. Sebenarnya, rekabentuk moden ni lebih menampakkan imej korporat & jimat kos.

Apapun, Disebalik dalam menyiapkan rekabentuk & teknikal drawing. Pernah x tidur semalaman nak siapkan kerja seorangan di office dulu tuk settlekan projek ni.

Kesudahannya, kepuasan yang takkan nampak dari itu. Menunggu ia siap terbina di Kolej Teratai. Apa-apapun, walau sedikit penat-lelah saya dari itu. Dapat jugak lah saya sumbang bakti untuk MARA yang terlalu banyak membantu hidup saya.

Jikalah diberi peluang, nak jugak saya berkhidmat untuk MARA kerana budinya. Tak sebagai arkitek, pembantu arkitek jadilah. =)

Jumaat, 7 November 2008

POLY MERSING | SETTING OUT PLAN

Setting-Out Plan | Politeknik Mersing
Mata dah macam rabun jer mengadap Autocad hari-hari. Kepala pulak dah macam tak betul memikirkan design. Tiap kali gi meeting, mesti ada yang kena ubah. Tak tengah malam balik, mesti subuh mata merah.

Projek Politeknik Mersing ni, salah satu tugasan yang dikategorikan sangat memenatkan. Walaubagaimanapun, pengalaman & ilmu serta kepuasan dimiliki. Bayangkan, HSA dengan 3 orang staf termasuk aku tika tu berjuang untuk dapatkan projek ni. Giler... Sukar untuk dipercayai.

Sabtu, 1 November 2008

JELAJAH : PASIR MAS | KOTA BAHRU

Semalaman di rumah Fairus. Ditemankan Fairus & ibunya pergi membeli-belah kat Rantau Panjang hinggakan myvi tunangku Rislah sebijik macam sardin.